'Isteri Mahu Suami Setia Selepas Kahwin, Bukannya Cari Perempuan Lain'


Nak menghargai isteri, tidak semestinya memberi kemewahan kepada mereka. Makan, minum, pakai, ada tempat berlindung sudah cukup untuk mereka. 

Sebenarnya bukan itu yang isteri mahukan, sebaliknya mereka mahukan kita (orang lelaki) membimbing mereka mentaati Allah swt. Kahwini mereka, setia dengan mereka selepas berkahwin. Hari-hari ucap, "saya sayang awak, rindu awak", setiap bulan hadiahkan sesuatu untuk isteri. Bila berjauhan, hantar gambar selfie.

Ada rakan cerita, selepas dia keluar dari dewan bedah, terus call isteri. Selalu dia ucapkan "terima kasih sebab doakan abang,". Alhamdulillah pesakit selamat selepas menjalani pembedahan. 

Bukan selepas kahwin cari perempuan lain, bermaksiat dengan perempuan lain langgan pelacur di pusat urut. Sedih sangat bila baca luahan hati seorang isteri apabila mengetahui suaminya curang selepas beberapa tahun berkahwin. Rasa malu apabila seorang wanita dipermainkan sebegitu rupa. 

Empat tahun saya berulang alik dari Malaysia ke Batam, Indonesia. Alhamdulillah dapat peluang perniagaan di sana (kesihatan). Ramai lelaki Malaysia berumur sekitar 40'an pergi ke Batam semata-mata nak pergi berurut. 

Tetapi sebenarnya ramai yang melanggan pelacur di sana. Waktu balik dari Batam ke Malaysia, ramai yang mengaku dengan ikhlas hati nak melanggan pelacur. Jika betul-betul nak urut, di Malaysia ini ada banyak pakcik-pakcik di kampung boleh urut. Di Batam jarang ada lelaki yang mengurut, kebanyakkannya anak gadis tukang urut. 

"Eh? Macam mana kau tahu??"

Sudah tentu ada yang tertanya-tanya kan? Salah seorang dari rakan perniagaan saya berbangsa Cina ada tiga buah kedai urut. Semuanya anak gadis beragama Islam sebagai tukang urut. Jika masih 'segar', bayaran boleh mencecah RM20K seminggu. 

Kasihan, yang melanggan mereka semua ini adalah lelaki-lelaki yang sudah beristeri dan ada anak. Berkemungkinan mereka langgan itu sebaya dengan anak mereka. Tidak hairanlah jika ramai rakyat Malaysia sekarang isteri-isteri mereka dijangkiti virus Herpes SImplex, HIV, HEB dan sebagainya. 

Percayalah, jika ketua rumah tangga 'rosak', anak dan isteri juga akan 'rosak' bersama. Tiada cara lain lagi untuk betulkan ugama dalam diri kita dan keluarga kita melainkan wujudkan 'Suasana Ugama' di dalam rumah. 

Percayalah, 30 minit baca Ta'lim di dalam rumah dengan adab yang betul, inshaAllah akan lahirkan sebuah keluarga bahagia dan tenang. - Encik Matt | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.