Jaafar Onn Berang, Baju Kurta Dijadikan Baju Raya


KUALA LUMPUR - Tidak dinafikan fesyen Baju Kurta sudah mula menjadi pilihan para lelaki di negara ini sebagai baju raya. Ini kerana, fesyennya yang lebih selesa dan 'berangin' di dalam. Berbanding Baju Melayu yang dipakai dengan samping, cepat membuatkan si pemakainya berpeluh. 

Bagaimanapun, pelakon, Jaafar Onn, berpandangan bahawa fesyen baju yang berasal dari budaya India itu akan menghancurkan perayaan tahun ini. 

"Perayaan tahun ini akan menjadi hancur bila Baju Kurta budaya India, diketengahkan seperti menyambut raya India.

"Bagi saya, mereka yang memakai baju kurta sebab tidak mahu memakai songkok dan samping. Jangan hancurkan Baju Melayu tradisional yang lengkap dengan samping dan sokong.

"Sudahlah pakai seluar jeans ketat dan tidak bersongkok, lama kelamaan terhakis budaya yang dirosakkan oleh generasi muda dan pereka pakaian yang memperkenalkan Kurta di hari yang mulia.

"Fikir-fikirkanlah sebelum budaya India menjadi viral di hari yang mulia. Bagi mereka yang memakai Baju Melayu, bersamping tetapi tidak memakai songkok, membuatkan saya meluat konon nak tunjuk rambut. Tetapi ini merosakkan budaya," katanya. 

Sehubungan itu juga, Jaafar Onn memberikan 'amaran' kepada mereka yang ingin datang beraya ke rumahnya, pastikan berpakaian Baju Melayu lengkap. 

"Pakai jubah warna-warni ketat macam bapok, berjiwa wanita, tak bersongkok, tak bersamping, harap jangan datanglah," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.