'Kenapa Korang Tak Percaya Aku Kena Belasah Oleh Isteri?'


Aku tak sangka kisah perkahwinan aku mendapat perhatian ramai. Sungguh aku tak sangka. Dekat 10K jugalah yang like dan beberapa page sudah viralkan cerita aku. Aku pada mulanya gembira juga sebab luahan hati aku ini menarik perhatian orang ramai. Aku rasa gembira sebab pada awalnya aku ingatkan orang takkan endah cerita hidup aku. 

Artikel berkaitan:


Tetapi bila aku baca komen-komen netizen, rasa gembira itu hilang. Banyak komen negatif berbanding positif dan ramai yang mengecam kerana aku meluahkan perkara itu. Paling sedih, cerita aku itu telah dipadam oleh page ini. Aku tak faham mengapa dipadamkan selain dari kecewa bila mana ramai yang tidak mempercayai kisah hidup aku itu. 

Bai, apa yang aku ceritakan tentang isteri aku itu semua adalah benar. Dia tendang aku sebab aku tertidur masa nak pergi kenduri, dia malas mandi sampai 4 hari tak mandi, dia selalu belasah dan cubit aku, dia tak bagi keperluan batin yang secukupnya pada aku, malas masak, malas kemas rumah dan kemuncaknya dia belasah aku di luar rumah 2 tahun lalu hanya kerana aku terlupa nak beri duit makan pada dia. 

Sumpah demi Allah, aku tak mereka-reka cerita ini. Ia benar-benar berlaku dan aku tak ada masa nak mereka-reka cerita untuk membuat kau orang terhibur. Tak kuasa teman. Apa yang aku tulis ini semuanya adalah peristiwa yang benar-benar berlaku. 

Ada yang menyangkal cerita aku sebab macam mana aku boleh ingat semua detail cerita itu walhal perkara itu sudah lama berlaku. Bai, segala detail dan perincian cerita yang aku tulis, memang aku ingat  sebab ada beberapa detail itu memberikan kesan kepada aku. Cuma aku tak cerita lebih-lebih sebab apa yang aku tulis hari itu pun sudah cukup panjang. 

Contohnya, peristiwa dia tidak kemas rumah dan dia goreng telur untuk dia sahaja. Kesan besarnya adalah, selepas itu aku sentiasa bagi dia duit makan dan aku sudah mula mengambil tahu hal ehwal peti ais. Sebelum-sebelum itu aku tak ambil tahu sangat sebab aku ingat dia boleh urusankan. Jadi, aku ingat detail kisah itu sebab itulah titik tolak aku buat habit baru selepas berkahwin. 

Ada juga yang tak memberikan kesan besar tetapi aku ingat detail. Cuma tak faham kenapa isu ingat detail tak ingat detail ini diperbesarkan. Aku muda lagi kot? Perkara yang terjadi itu pun baru 2 3 tahun yang lalu. Ada juga yang cakap aku sengaja tulis sebab nak burukkan perempuan pakai purdah. Inilah masalahnya, apa yang buat kau orang semua tak percaya dengan cerita aku ini sebab isteri aku ini pakai purdah. Aku takkan burukkan orang pakai purdah sebab aku sendiri hormat orang pakai purdah. Sebab itulah aku tak berani minta dia buka purdah di depan aku sebelum berkahwin. Aku rasa orang berpurdah ini special snowflakes yang tak boleh saja-saja nak diusik.

Walaupun aku dah melalui kehidupan dengan isteri aku ini, aku tetap kena hormat golongan berpudah. Aku tetap berpegang bahawa perbuatan isteri aku tak ada kena mengena dengan purdah. Tujuan aku cerita dia pakai purdah adalah sebab dia pakai purdahlah. Buat apa akju nak cerita dia pakai purdah  kalau dia pakai purdah? kalau dia pakai tudung saji atas kepala, aku ceritalah yang isteri aku ini jenis pakai tudung saja atas kepala. 

Ada orang marah sebab aku tak tengok muka dia dulu sebelum berkahwin. Aku akui keluarga aku ini bukan jenis keluarga yang ada latar belakang agama. Akulah satu-satunya adik beradik yang berkahwin dengan orang yang ada latar belakang agama ini. Abang dan kakak aku kahwin dengan orang biasa-biasa saja. Mungkin mama dan ayah nak tengok ada menantu dia yang boleh bawa agama dalam keluarga. Sbeba itu mama pilih isteri aku ini. 

Ibu meruta aku dulu sama universiti dengan mama aku, sebab itulah mereka kenal. Jadi, disebabkan kurangnya ilmu agama, kami tak tahu pun boleh buka purdah untuk sesi perkenalan. Walid dan Ummi (mertua) dulu pun tak pernah pula dia cakap tentang isu buka tunjuk muka ini. Aku rasa mama aku takut nak minta isteri aku buka purdah depan aku sebab takut perkara itu sensitif bagi keluarga dia. Mama aku jenis seperti aku jugalah, jenis yang patuh dan takut-takut. Ayah pula tak ambil port sangat.

Bila difikirkan balik, kalau dia buka purdah sebelum kahwin dan tunjuk pada aku pun, aku tak adalah nak menolak sangat. Aku tak kisah sangat dengan rupa paras dia. Cuma waktu malam pertama itu, aku terkejut sebab tidak seperti yang aku sangkakan. Aku selalu dengar dan baca kisah-kisah kahwin dengan perempuan berpurdah dan tengok-tengok, mereka ini lawa gila. Lebih terinspirasi aku bila tengok cerita Ayat-Ayat Cinta. Hahaha! Aku sudah terbayang isteri aku ini seperti Aisha. Tetapi bagi aku, isteri aku sekarang lebih lawa berbanding Aisha walaupun mula-mula tengok, aku tak rasa seperti itu. 

Ada yang kata aku bacul sebab tak melawan. Ya, inilah sebab aku tak cerita pada sesiapa. Dengan mama, ayah dan kawan-kawan semua aku tak cerita tentang keganasan isteri aku sebab aku takut mereka ejek aku penakut. Ya, memang aku penakut tetapi bukan sekadar takut, kalau kau orang jumpa isteri aku, kau orang akan faham kenapa aku takut. 

Masa kahwin, badan dia sedang-sedang. tak sampai 5-6 bulan saja badan dia sudah mula naik dan terus naik. Jadi dia agak gempal dan nampak seperti kakak-kakak saja bila bersama aku. Lagi-lagi kalau dia mengamuk. Dia jenis mengamuk macam kena rasuk. Pernah beberapa kali aku melawan balik tetapi tak lut. Dia lebih ganas dari aku dan dia buat aku takut dengannya. Kau orang fikir lelaki ini lagi kuat dari perempuan tetapi sebenarnya untuk kes aku ini, aku akui yang aku lemah. Aku tak seperti suami lain yang boleh membalas balik perbuatan isteri dia. 

Ada yang kata cerita aku tak logik sebab takkanlah ada peristiwa seperti ini berlaku? Yang ini aku tak faham, apa kau orang ingat tak ada perempuan kaki pukul ke? Tak ada isteri berani melawan suami ke? Kau orang ingat perkahwinan ini seindah yang disiarkan dalam televisyen itu ke? Kes isteri pukul suami ini, banyak berlaku di dunia ini tau. Tetapi itulah, perkara ini orang endah tak endah bila perempuan pukul lelaki. Tetapi bila suami pukul isteri, terus dikatakan sebagai keganasan rumah tangga. Kalau isteri pukul suami, dikatakan cerita jenaka.

Ini kerana dalam kepala otak masyarakat kita fikir hanya perempuan saja yang menjadi mangsa keganasan. Semua orang ingat lelaki ini kuat. Dah tu, suami macam aku ini apa pula? Siapa nak tolong dan backup aku? Aku sedih dengan komen-komen tentang diri aku. Aku tak tokok tambah cerita tentang perkahwinan aku ini. Malah aku buat sikit cerita agar tak nampak sangat jahatnya isteri aku ini. Kalau siapa yang dah kahwin nanti, kau akan faham perasaan suami terhadap isteri. Walaupun benci tetapi dalam hati tetap sayang. Dalam kes aku, dia buat macam mana pun pada aku, aku ada rasayang pada dia. 

Aku nak tulis  sambungan kisah yang terjadi selepas aku kena belasah dengan isteri aku di luar rumah dan kena tumbuk oleh jiran sampai orang-orang surau tuduh aku pula yang belasah isteri. Tetapi bila aku tengok banyak sangat komen negatif, aku rasa cukuplah sehingga di sini saja. Aku memang dah cadang nak sambung Episod Kedua sebab nak habiskan kisah hidup aku bersama dia, tetapi banyak respon negatif + 

Post ini hanya nak clarify sahaja komen-komen yang orang bagi sebelum ini. Apa pun, cukuplah kau oang tahu bahawa kami masih suami isteri sehingga kini. Kenapa, bagaimana, dan apa terjadi, cukuplah biar aku dan isteri aku sahaja yang tahu. Aku ada sikit tawar hati dengan masyarakat yang tak habis-habis dengan respon negatif pada kisah hidup aku. Terima kasih atas kesudian utk like dan share cerita aku. Terima kasih juga kerana sudi bagi pendapat. Dan minta maaf kalau aku menyinggung perasaan orang lain. - Fadhil | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.