Lafaz 'Allahuakbar' 3 Kali Sebelum Meninggal


DUNGUN - Seorang ustaz yang sedang menyampaikan kuliah Maghrib di Masjid Tengku Intan Zaharah, dilaporkan meninggal dunia, malam tadi, lapor Harian Metro

Ustaz Ramli Ahmad, 65, melafazkan tiga kali kalimah Allahuakbar sebelum secara tiba-tiba tersandar di kerusi dan disahkan meninggal dunia pada jam 8 malam. 

Imam masjid, Mohd Faiz Azmi Abdul Kadir, 46, berkata, ketika kejadian, Allahyarharm baru saja menyampaikan kuliah bertajuk 'Kebesaran Allah' 5 minit. 

"Ketika sedang menyampaikan kuliah kepada 50 jemaah, dia tiba-tiba tersandar di kerusi sebelum tidak sedarkan diri. Beberapa jemaah masjid kemudian mengangkat dan meletakkan beliau di bawah sebelum saya segera menghubungi pegawai perubatan Hospital Dungun," katanya. 

Pegawai Perubatan yang dihantar membuat pemeriksaan dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

No comments

Powered by Blogger.