Letak Sampah Atas Kereta Denda RM500


KOTA BHARU - Mana-mana individu di negeri ini yang meletakkan plastik berisi sampah di atas kereta, mungkin akan dikenakan denda RM500 selepas ini. 

Cadangan itu bukan sahaja bertujuan untuk menghukum, malah mendidik rakyat agar membudayakan amalan menjaga kebersihan dan lebih bertanggungjawab. Cadangan itu juga diterima baik oleh penduduk di negeri ini.

Terdahulu, penduduk di bandar ini seringkali merungut mengenai tindakan segelintir pihak yang meletakkan sampah di atas kereta dan membiarkan sampah mereka bertaburan di atas jalan sebelum sempat membuangnya ke dalam tong sampah. 

Siti Robiah Mahmood, 47, sangat bersetuju jika undang-undang kecil itu dikuatkuasakan kerana yakin ia dapat memberi kesedaran dan mendidik masyarakat agar menjaga kebersihan. 

Bagi Siti Zuraini Musa, 37, sikap membiarkan sampah berterabur di jalanan bukan perkara kecil yang boleh dipandang remeh kerana ia mengakibatkan kekotoran. 

"Bau busuk daripada sampah domestik itu juga boleh menganggu pengguna jalan raya yang lain. Lebih teruk lagi, ada segelintir individu yang tidak mengambil peduli piun. Mereka tidak sedar sikap mereka menimbulkan kemarahan awam," katanya. - Harian Metro

No comments

Powered by Blogger.