'Malas Nak Layan Isteri Mengandung'


Pagi ini saya balik rumah. Saya tak masuk ke bilik, terus tidur di sofa. Malas nak menghadap isteri yang tengah mengandung. Nanti dia bising pula tanya kenapa tak balik semalam. Berpuluh-puluh mesej dia hantar, tetapi saya tak balas. 

Bila terbangun dari tidur, isteri dah ada di depan mata. Saya buat tak tahu dan terus bangun pergi mandi. Malas nak melayan dia. 

Saya buat tak dengar apa yang dia cakap. Saya berehat sambil tengok TV dengan anak-anak. Isteri datang duduk di sebelah, saya terus masuk ke bilik. Takut bergaduh dengan anak-anak. 

Dia pun masuk bilik, tetapi saya buat tak tahu dan dengar lagu sambil bermain game di smartphone. Isteri cuba pegang tangan saya, saya tepis dan terus keluar dari bilik. Lebih baik begitu. 


Petang itu, saya keluear dengan anak-anak pergi makan di luar. Isteri nak ikut, tetapi saya tegaskan saya nak pergi dengan anak-anak sahaja. Mata dia tak semena-mena berair. Tetapi saya buat tak tahu dan terus keluar dengan anak-anak. Saya bimbang dan takut kalau bergaduh di depan orang ramai nanti. 

Hari ini saya lebih berdiam diri. Dia nak cakap apa, cakaplah dan saya buat tak tahu sahaja. Cukuplah, malas dah nak bergaduh. - KRT | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.