Maut Rempuh Treler Rosak


NIBONG TEBAL - Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaikinya merempuh sebuah treler yang rosak di Kilometer 160 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berdekatan Sungai Bakap, jam 8 malam tadi. 

Mangsa, Anis Melissa Abdullah, 27, menaiki kereta yang dipandu oleh Arif Syahmi Ramli, 25, yang dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, lapor Harian Metro. 

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Superintendan Shafee Abd Samad berkata, kemalangan itu melibatkan dua treler dengan kenderaan mangsa. 

Difahamkan, kemalangan itu berlaku apabila treler yang mengalami kerosakan pada tayar diberhentikan di lorong kecemasan, secara tiba-tiba dilanggar sebuah lagi treler dari arah belakang. 




Berikutan itu, treler berkenaan merintangi kedua-dua lorong lebuh raya menyebabkan kereta yang dinaiki mangsa merempuh treler tersebut. 

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandunya yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Bakap. 

Mayat mangsa yang beralamat di Terengganu itu dihantar ke unit Forensik HSB untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

No comments

Powered by Blogger.