Maut Tercampak Keluar Dari Kereta


KUALA KANGSAR - Seorang lelaki maut, manakala rakannya cedera selepas tercampak keluar dari kereta pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter di Kilometer 260, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Terowong Menora. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 petang itu, pemandunya Muhammad Safiq Danial Alias, 18, meninggal dunia. Manakala rakannya, Mohamad Nur Hafiz Mohd Ridzuan, 20, cedera, lapor Harian Metro. 


Siasatan awal mendapati, kereta mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan mengakibatkan kedua-dua mansgsa tercampak keluar dari kenderaan. Kereta itu kemudiannya terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter. 

Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.