Menyesal Kembali Kepada Suami Yang Pernah Curang


Salam admin, saya ingin berkongsi kisah rumah tangga saya. Tolong rahsiakan identiti saya. 

Saya wanita berumur 25 tahun, punyai 2 orang anak lelaki. Suami berumur 31 tahun dan kami berkahwin ketika saya berumur 16 tahun. Usia rumah tangga kami dah masuk 10 tahun sekarang. Saya nak kongsikan kisah sepanjang saya berumah tangga. 

Saya berkahwin seperti kebanyakan pasangan yang lain atas dasar cinta. Saya berbeza agama dengan suami. Dia menjadi mualaf selepas berkahwin dengan saya. 

Dipendekkan cerita, dari tahun 2006 sehingga 2014, 8 tahun bersama susah dan senang kami harungi bersama. Suami kerja tak tetap, selalu bertukar kerja. Gaji pun bukan besar sangat, kerja sebagai kerani saja. 

Pada mulanya dia bekerja sebagai mekanik dengan gaji RM400 sebulan. Selepas itu gaji naik sikit-sikit sehingga dia menjadi kerani hingga 2009. Makan gaji RM900 sebulan. Itu satu jumlah yang sangat besar bagi saya. 

Namun, dia berhenti kerja pada pertengahan tahun 2009 hingga 2010. Setahun suami tak bekerja, mujur bapa mertua yang ada menanggung makan minum kami anak beranak. Setelah setahun menganggur, suami bekerja semula sebagai kerani. 

2011, suami mula belajar memandu lori di kampung. Dah pandai memandu lori, alhamdulillah dapat gaji lebih sikit, RM1,500 sebulan. Saya sokong suami saya untuk buat lesen lori sebab dia belum ada lesen tersebut. Saya keluarkan wang simpanan dari 2010-2013 untuk membuat lesen dia. Saya mahu mempunyai kehidupan yang lebih baik bersama keluarga dan anak-anak, itu adalah harapan saya. Tak apalah berkorban sedikit. 

Asalnya wang simpanan RM8,000 itu nak digunakan untuk membeli tanah untuk membuat rumah. Tetapi demi masa depan dan kerjaya suami, terpaksalah dikorek. Beribu jugalah habisnya. Selepas berjaya menadapatkan lesen itu, saya suruh suami keluar ke bandar untuk mencari kerja yang lebih bagus sebab jika di kampung, gaji paling besar pun RM1,000 sahaja. 

Selepas suami mendapat pekerjaan di bandar, saya gembira sangat. Saya pasang impian ada kehidupan yang lebih baik untuk kami sekeluarga. Suami kerja di bandar, pulang ke rumah sebulan sekali. Saya dan anak mahu tinggal bersama suami, namun dia berkata, masih belum ada tempat tinggal yang tetap. 

"Abang belum ada tempat tinggal yang tetap. Sementara itu, awak dan anak tinggallah di kampung dengan mak mertua dulu," katanya. 

Saya tidak kisah, yang penting suami kerja demi keluarga kami. Adalanya suami hantar duit RM1,000 untuk perbelanjaan kami di kampung. Adakalanya dia memberikan lebih dari jumlah itu. 

Hari berganti dan bulan pun turut berganti sehinggalah pertengahan 2014, suami telefon mengatakan dia mahu membeli kereta. Saya membantah sebab wang tidak mencukupi. 

"Duit tak cukup bang. Kan kita menyimpan untuk beli rumah," 

"Abang nak beli kereta yang tak ada deposit pun. Abang mampu bayar," katanya. 

Hujung bulan, dia balik. Pandang wajah saya pun tak mahu, dia hanya melayan anak-anak sahaja. Sampai malam pun dia tidak mahu menegur saya. Tidur pun di tepi dinding memeluk anak-anak sahaja. Dia macam takut dekat dengan saya. 

Saya ingatkan dia penat, jadi saya abaikan saja. Tetapi keesokan hari pun tetap sama. Dia hanya melayan anak-anak dan handphone dia sahaja. Dia bercakap pun bila saya tegur dan tanya. 

Handphone dia pun saya tak boleh nak pegang. ada password. 

"Jangan sibuklah pegang handphone saya!" 

Saya pelik dengan perangainya. Petang itu, saya tanya elok-elok, kenapa dia tiba-tiba berubah menjadi begitu. 

"Kenapa abang macam ni? Marah-marah, tak nak bercakap dengan saya, tidur pun tak nak dekat. Abang ada perempuan lain eh?" soal saya. 

Dia hanya mendiamkan diri tetapi akhirnhya dia mengaku setelah puas dipaksa. Saya hanya mampu menitiskan air mata. 

"Tak apalah kalau macam itu yang awak nak, saya terima. Saya jaga anak kita yang bongsu. Yang tua itu awal ambillah. Suatu hari nanti awak akan dapat karma," kata saya. 

"Tak apa, yang tanggung karma itu bukannya awak pun, saya juga," katanya. 

Keesokannya dia pulang ke bandar dan meninggalkan pesanan melalui sms. 

"Saya dah tak cintakan awak lagi. Saya tak boleh nak tipu hati saya. Awak jagalah anak awak itu elok-elok. Mudah-mudahan awak dapat seseorang yang lebih baik dari saya," katanya dalam mesej tersebut.

Senangnya dia berkata begitu. Setelah 8 tahun hidup susah dan senang bersama, tetapi bila dia dah senang, dia tak toleh pun kita. Orang yang ada di sampingnya ketika dia bahagia itu perempuan lain, bukan saya. Tetapi dia lupa orang yang selalu ada disampingnya ketika susah itu adalah saya. 

Saya tak peduli pun orang menghina kami ini macam-macam. Yang penting saya selalu ada untuk dia. Setahun setengah saya di kampung keluarga saya dan selama setahun setengah itu juga dia hidup bergelumangan dosa dengan perempuan itu. Saya tidak menuntut cerai daripada dia. Saya tunggu dia yang menceraikan saya. Saya tunggu tetapi tiada pun dia nak menceraikan saya. 

Saya tengok dia bahagia dengan perempuan itu. Selalu upload gambar bersama perempuan itu. Mesra tak ingat dunia. Saya sendiri pun tak pernah bergambar seperti mereka. Masa bersama dengannya dulu, susah sangat nak diajak ambil gambar bersama. Dimarahnya adalah bila mahu bergambar dengannya. Saya redha, saya hanya besarkan anak saya saja. Saya tak pedulilah dengan hal-hal yang lain. 

Saya dimaklumkan oleh biras. Baru saja saya balik dari kampung, suami bawa perempuan itu balik ke kampung rumah mak mertua saya. Mak mertua saya macam terima saja. Bila saya menelefon anak sulung saya dan tanya apakah benar ayah dia bawa balik perempuan itu, mak mertua saya suruh dia menafikannya. Tetapi saya tahu segala-galanya. 

Pada bulan 3, suami mahu merujuk semula. Tetapi saya terpaksa menolak sebab saya kini lebih selesa hidup tanpa dia. Saya tidak mahu terluka lagi, biarlah kenangan lalu mengajar saya. 

"Janganlah begini, fikirlah masa depan anak-anak kita. Jangan biarkan anak-anak sengsara tanpa mak dan ayah mereka." rayunya. 

Kenapa sebelum menjalinkan cinta dengan perempuan itu tak terfikir begitu? 

"Abang dah menyesal, abang takkan buat lagi," katanya.

Saya sudah nekad enggan kembali padanya. Mak saudara saya pula memaksa saya kembali kepadanya sebab anak-anak. Soal perasaan perlu ditolak ke tepi. Puas saya menangis yang saya tak nak kembali kepada dia, tetapi akhirnya saya terpaksa. Sekarang, saya dah kembali dengan dia, sudah 3 bulan.

Ya, memang dia sudah meninggalkan perempuan itu tetapi perempuan itu mahu dia bertanggungjawab sebab hujung bulan ini perempuan itu akan bersalin, hasil hubungan sulit mereka setahun setengah itu. 

Tetapi suami enggan peduli dengan perempuan itu lagi. Yang membuatkan saya terluka hati sekarang ialah, suami menerima perempuan itu semula.

Sakit sungguh hati ini. Terkadang hati ini bertanya,

"Kenapa Kau biarkan aku kembali dengannya? Kalau hanya sekadar untuk menyakitkan hati.." 

Adakalanya berpisah lebih baik dari kembali semula. Hati yang sudah hancur ini tidak mungkin akan kembali seperti dahulu. Nasihat saya pada yang lain, jika punyai masalah yang hampir sama dengan saya, usahlah kembali kepada mereka. Jangan diteruskan hubungan itu kerana ia akan membuatkan hati anda semakin terluka. - KRT | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.