Part 2: "Saya Sudi Berkongsi Tetapi Jangan Tinggalkan Saya"


Hi korang, terima kasih admin sebab sudi approve kisah tentang abang dan kakak ipar aku (Alim Konon). Kepada yang share, comment and like, terima kasih. Sebabnya Paih dah baca confession aku. On of his friends, mention his name di ruangan komen and he replied but denied it. 


Pada mulanya kecut perut juga bila ternampak Paih komen di post itu. Tetapi buat-buat cool saja. Kak Mila dan Kak Fatin kata, biar Paih sedar apa yang dia buat itu salah. Bila keluarga beri nasihat, dia merajuk terus keluar rumah. So, sekarang kita tengok kalau orang ramai kritik, Paih nak berubah atau pun tidak. 

Ikutkan hati, aku nak stop setakat ini sahaja. Biar Paih fikir sikit, tetapi aku tetap akan tulis Part II ini sebab nak cerita tentang kejadian hari ini (Pergi ke rumah Atikah) dan Paih ada sedikit berubah menjadi baik. 

Sejak Paih baca dan comment di post sebelum ini, aku rasa dia seperti dah sedar diri sikit. Bukan sepenuhnya tetapi macam dah baik sikit (aku rasa). Terus terang aku kata, layanan dia dah lain sikit, nampak macam malu dengan sikapnya sebelum ini.

Misalnya, dia sudah jarang mencari pasal dengan Yaya. Bila tengok televisyen pun dia boleh duduk sebelah Yaya. Kalau sebelum ini, Yaya kena halau kalau duduk satu sofa dengan dia. Dia dah boleh berkongsi kerepek dengan Yaya, kongsi cawan. Tetapi masih lagi panggil aku kau, tak ada pula nak tersasul abang ke apa ke. 

Paling obvious sekali bila Paih suruh Yaya yang drive masa nak pergi beraya dan masa nak pergi ke rumah Atikah. FYI, Yaya ini tak cekap sangat nak memandu. Paih gigih paksa Yaya memandu pada hari itu. Alasannya, dia penat memandu. Padahal Kak Mila, Kak Fatin, aku dan mak semua cekap memandu. Yaya yang tak cekap itu juga disuruhnya. Macam-macamlah adegan yang berlaku. 

Paih tak adalah marah-marah, dia cakap elok-elok, tekan brek, tekan minyak, laju sikit, okay tengok kereta belakang dulu, okay selepas kereta ini boleh potong. 

Mak cakap Paih nak bersembang dengan Yaya, mak cakap Paih nak Yaya yang duduk di sebelah dia sebab kalau Paih drive, mak akan duduk di sebelah Paih dan Yaya duduk di belakang sekali. Tetapi kalau Yaya drive, Paih duduk sebelah Yaya dan mak duduk di belakang. Walaupun alasan yang mak bagi macam tak kukuh, tetapi kami iyakan saja. Masa ini memang nampaklah Paih tolerate sikit dengan Yaya. 

Tetapi, masa dalam perjalanan ke rumah Atikah, Paih nampak tangan Yaya menggeletar. 

"Tangan kau menggeletar kenapa?" soal Paih.

"Lapar," jawab Yaya. 

"Orang badan kecik macam Yaya memang macam tu. Tak boleh makan benda merapu, kena makan nasi ikut masanya. Kalau lewat sikit, memang badan akan menggeletar," kata mak. 

Pernah sekali Yaya lapar sampai menggeletar badan. Selepas makan nasi okaylah dia. Betul ke? Tetapi dalam hati aku kuat mengatakan yang Yaya sebenarnya bukan lapar tetapi sebab dia mengelabah. Kan kami dalam perjalanan pergi ke rumah Atikah (raya ketiga). 

Mak pada mulanya tak nak ikut, tetapi selepas dipujuk oleh Paih dan alasan nak pergi beraya semata-mata, mak pun ikut, sekeluarga ikut. 

Sampai dan masuk ke rumah Atikah, memang ramai saudara mara dia. Ayah dan mak dia datang menyambut mesra, Atikah pun ada. 

"Inilah kawan yang kakak ceritakan tu," kata Atikah.

Sembang punya sembang, entah macam mana Paih boleh kata,

"Orang rumah saya pun study di USM juga," 

Jeng! Jeng! Jeng! 

Masa itu mak Atikah dah buat muka pelik. Kami pun tak sangka Paih akan cakap macam tu. Indirectly dia maksudkan yang dia sudah berkahwin.

"Yang mana satu?" soal mak Atikah. 

Paih pandang Yaya. Masa ini mak Atikah terkejut dan kata Yaya nampak seperti adik Paih. 

"Macam budak Tingkatan 3," kata mak Atikah. 

Cara mak Atikah bercakap memang nampak sangat-sangat tidak selesa. Masa inilah juga Atikah asyik memuji-muji Yaya. Cakap Yaya ini baiklah, lawalah, baguslah. 

Dan pada masa itu juga makcik Atikah bertanya pada Yaya dengan gaya orang tua.

"Dia tak berisi lagi ke?" 

Yaya terkesima diajukan soalan seperti itu. Yaya hanya membalas dengan menggeleng kepala. 

"Baru setahun kahwin, muda lagi," mak tolong jawabkan. 

"Tapi, saya dulu kahwin muda, baru setahun kahwin dah ada anak," kata makcik Atikah yang kemudian terus menerus condemn Yaya. 

Dia dakwa Yaya ada masalah kesuburan. Siap suruh pergi buat pemeriksaan di klinik. Kami semua hanya mendiamkan diri, hanya mampu tersenyum kambing sahaja. Kami pun malas nak cakap hal-hal seperti itu. 

"Belum ada rezeki lagi makcik. Lagi pun orang rumah fokus belajar dulu," tiba-tiba Paih menjawab. 

Kak Mila dan Kak Fatin dah tergelak-gelak mengejek gitu. 

Serius, cara Paih melayan Yaya seperti mereka tiada maslah. Depan orang macam pasangan lain. Pelik, serius pelik. 

Mak Atikah pula menyiasat Yaya. Macam-macam persoalan yang dilemparkan. Mak dia teringin sangat tahu tentang Yaya. Namun, Yaya ini agak sensitif sikit bila orang bertanya tentang arwah ibu dan ayahnya. 

"Mak ayah kerja apa, duduk di mana?" soal mak Atikah. 

"Yaya ini anak yatim piatu. Anak tunggal," jawab mak. 

"Meninggal sebab apa? Dah lama ke mak ayah Yaya meninggal?" soal mak Atikah lagi. 

Yaya sedih, dia berhenti makan, dia pegang lengan mak saja. Macam peluk gitu, nampak muka dia macam dah tak ada mood. Yaya cakap nak balik, terus Paih minta izin nak balik. 

Masa dalam kereta, muka Yaya monyok memanjang. Dia naik paling awal dan duduk paling belakang. Bila Paih suruh drive, dia tolak dan cakap dia malas. Kami tahu dia sedih. 

Dalam perjalanan balik, dah terdengar orang menangis teresak-esak. Yaya menangis, Kak Fatin peluk Yaya. Makin kuat dia menangis. 

"Sabarlah Yaya, nanti kita pergi kubur mama dan ayah Yaya ye," mak cuba memujuk. 

Aku rasa Paih pun tak sampai hati lalu dia berhenti di tepi jalan. Dia suruh Kak Mila drive dan dia pun pergi duduk di belakang sekali di sebelah Yaya. Aku tak tahu apa yang terjadi di belakang sebab aku duduk di tengah. Tetapi selepas itu Yaya berhenti menangis. Bila aku pandang belakang, dia dah tertidur. 

Masa malam, Yaya baring di riba mak. Mak usap-usap kepala sambil tengok televisyen. Masa ini Paih di pintu, nak keluar. Tetapi patah balik dan datang dekat pada mak. Dia letak tangan di dahi Yaya. Terkejut lalu Yaya menepis tangan Paih. Kemudian dia betulkan tudung. Paih terkejut juga, terus blah.

"Yaya malam ini tidur di bilik Paih ye? Kalau Yaya tidur di bilik Paih, Paih akan tidur di ruang tamu. Paih pun lelaki, lelaki dewasa lagi, Umur dah banyak," mak bagi hint dia dah tualah ,apalah. Tahu sajalah mak-mak ini macam mana kan.

Sejak seminggu last puasa, Yaya tidur di bilik mak sebab Paih cakap sakit badan tidur di Sofa. Kira macam Paih halau Yaya dari bilik itulah. Tambah pula sebab Yaya 'bocor', Paih jadikan sebagai alasan. 

Tetapi aku risau kalau Paih marah-marah pada Yaya sebab Paih tak sembang pun dengan Yaya. Dia tunjuk baik sikit saja. Cakap benda penting saja. Selain itu tidak pernah cakap aku rasa. - Adik Kau | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.