Penerbangan Domestik MAS Akan Beroperasi Di KLIA2


PUTRAJAYA - Penerbangan domestik Malaysia Airlines dilaporkan akan beroperasi di KLIA2 tidak lama lagi, lapor Malaysia Gazette

Malaysia Airlines sebelu mini pernah membuat permohonan untuk menggunakan KLIA2 bagi penerbangan domestik. Manakala laluan serantau, masih beroperasi di KLIA. 

Lapor sumber dari Putrajaya, keputusan itu akan dibuat dalam masa terdekat ini. 

"Mesyuarat berhubung cadangan Malaysia Airlines itu telah diadakan pada Isnin lalu. Beberapa perkara mengenai pemohonan itu juga sedang diteliti oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia. Ini termasuk isu-isu prosedur dan peraturan penerbangan. Namun keputusan mengenainya akan diputuskan tidak lama lagi," katanya. 

Difahamkan, cadangan itu dibangkitkan berikutan kenaikan caj perkhidmatan penumpang (PSC) yang menyaksikan perbezaan sebanyak RM33. Pada masa ini, PSC di KLIA2 bagi destinasi antarabangsa dan domestik, masing-masing adalah RM32 dan RM6 berbanding RM65 dan RM9 di KLIA. 

Cadangan perpindahan operasi domestik Malaysia Airlines di KLIA2 itu juga bertujuan mengurangkan kos operasi, selari dengan fokus Malaysia Airlines yang sedang dalam pelan pemulihan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.