Pertimbang Beri Vaksin Percuma Kepada Pendatang Asing, Pelarian


PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mempertimbangkan pelbagai aspek mengenai pembedian suntikan vaksin secara percuma kepada pendatang asing dan pelarian yang menetap di negara ini, lapor Berita Harian.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pendatang asing dan pelarian adalah antara punca peningkatan risiko penularan pelbagai penyakit kepada rakyat di Malaysia. 

"Kita sedang berbincang mengenai perkara ini. Namun sehingga kini belum ada sebarang keputusan dibuat kerana ia memerlukan penelitian yang mendalam bagi menjamin kesihatan orang ramai. 

"Keputusan hanya akan diumumkan selepas perbincangan holistik yang dilaksanakan oleh Jawatankuasa Teknikal Tinggi Kementerian Kesihatan dan ia akan menjadi hala tuju perlaksanaan kita nanti," katanya. 

No comments

Powered by Blogger.