Polis Sahkan Letupan Bom Di Movida Adalah Serangan IS Pertama Di Malaysia


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa, serangan letupan bom yang berlaku di pusat hiburan Movida minggu lalu merupakan serangan pertama dari kumpulan IS di negara ini. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, letupan bom di pusat hiburan tersebut telah mencederakan lapan mangsa yang dilakukan oleh dua warga tempatan yang diarahkan oleh kumpulan militan IS, Muhamad Wandy Mohamad Jedi dari Syria.

"Sejak kejadian letupan bom pada 28 Jun hingga 1 Julai, 15 termasuk dua individu yang melontar bom tangan terbabit telah ditahan, katanya.

Beberapa minggu sebelum kejadian, IS pernah memberikan amaran mahu menyerang Bukit Aman. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.