'Salah Ke Kami Suami Isteri Merasa Semua Nikmat Rezeki Di Saat Perkahwinan Kami Diuji Tanpa Anak?'


Ye, kami belum ada sendiri lagi dan:

  1. Memang boleh berbelanja lebih, tak ada lagi kan
  2. Memanglah rumah kemas sentiasa sebab tak ada anak nak sepahkan
  3. Memanglah boleh bercuti raya lama, tak ada anak sekolah kan
  4. Memanglah boleh pergi bercuti selalu, tak payah susah-susah nak bawa anak kan
  5. Memanglah boleh bergambar berdua sweet-sweet, tak ada anak yang kacau kan
  6. Memanglah boleh pergi umrah awal, tak perlu fikir nak tinggalkan anak lama-lama kan
Sekarang Zana nak tanya, 

"Salah ke kami suami isteri dapat merasa semua nikmat rezeki itu di saat perkahwinan kami diuji dengan ketiadaan anak? Atau awak rasa ada anak itu membataskan kehidupan awak?"

Jangan ingat pasangan yang tak ada anak ini semuanya boleh berbelanja mewah. Kita tidak tahu belanja dan simpanannya bagaimana. Kita tidak tahu apa perancangan hidup mereka. Kita tak tahu apa-apa sebab kita orang luar. Kita tidak tahu apa perasaan mereka setiap kali soalan "bila nak ada anak?" itu ditanya?

Kebanyakan pasangan yang masih menanti rezeki anak ini, sangatlah bahagia. Diberi rezeki untuk lebih mengenal hati pasangan. Sebab itu secara automatik kita akan nampak pasangan ini lebih mesra sebab memang rutin seharian mereka semuanya dilakukan berdua.

Sedih? Tipu kalau perasaan sedih itu tidak hadir dalam kehidupan mereka. Tetapi jarang sekali dan selalunya perasaan sedih itu hanya datang seketika sahaja. Selebihnya, mereka lebih suka memilih untuk teruskan kehidupan normal seperti biasa, beruasaha, berdoa dan percaya dengan ketentuan rezeki daripada Allah. 

Percaya tak, hampir semua yang belum ada anak ini, bila diasak dengan soalan, "Bila nak ada anak?" ini akan rasa lagi teruk sedihnya daripada rasa sedih menerima hakikat masih belum dikurniakan anak. Sebab itu, soalan-soalan sedemikian membuatkan mereka sayu hati, rajuk hati, menjauhkan diri dan merasa rendah diri. 

Bertambah sedih jika soalan itu ditanya di hadapan orang ramai. Diusik seolah-olah suami isteri ini berdosa berkahwin tanpa anak. Diketawakan seolah-olah pasangan ini serba kekurangan. 

Maaf ya, Zana bukan meminta simpati. Cuma meminta kita semua sama-sama belajar menghormati. Hormati perasaan orang di sekeliling kita.Letakkan diri kita di tempat orang lain sebelum berkata sesuatu. Bila kita cuba menjaga hati dan air muka orang lain, inshaAllah Allah akan menjaga hati, diri dan maruha kita. 

Yang sudah berkahwin, bersyukurlah ada pasangan hidup. Bayangkan kalau kita masih belum ada pasangan hidup? Bayangkan kalau kita tiba-tiab pasangan hidup>

Yang belum berkahwin, bersyukur dan bersabar. Mungkin Allah nak beri kia peluang untuk berbakti lebih lama kepada ibu dan ayah. 

Yang sudah ada anak, bersyukurlah ada anak. Anak adalah saham akhirat kita. Betapa bertuahnya mempunyai anak yang mampu mendoakan kita setiap hari. Bayangkan hidup kita kalau masih belum dikurniakan anak. 

Yang belum ada anak, bersyukur Allah beri nikmat rezeki bersabar. Bayangkan jika kita ada anak, adakah hati kita boleh sesabar itu? Teirma baik buruk diri kita, Allah bagi kita masa lebih untuk lebih dekat kepadaNya. 

Yakinlah Allah memberi apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. Kita merancangan, tetapi Allah sebaik-baiknya perancang. Allah Maha Mengetahui sedangkan kita tidak. 

Kita sebagai hambaNya memang sleayaknya diuji. Setiap di antara kita berbeza uijiannya. Tetapi percayalah yang Allah menguji sesuai dengan kemampuan diri kita. Belajarlah terima Qada dan Qadar Allah. InshaAllh semuanya akan menjadi lebih indah. - Zana | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.