'Saya Belum Gila Lagi Paksa Ina Cuci Baju Guna Tangan' - Suhaimi


Viralnya screenshot comment Suhaimi Saad yang mengatakan tiada mesin basuh di rumahnya, sehingga dicerca oleh netizen kononnya Suhaimi telah 'mendera' atau 'menzalimi' isterinya. Tanpa menunggu lama, beliau tampil memberikan penjelasan dan moga netizen berhenti melemparkan sebarang dakwaan yang tidak berasas terhadap beliau. 

MESIN BASUH 

Memang saya tak ada mesin basuh sejak 5 tahun yang lalu. Itu pun nak screenshot dan buat isu ke? 

Sebab apa? Sebab 'mesin basuh saya' ada di mana-mana saja, 24 jam lagi. Memanglah mesin basuh itu satu keperluan tetapi keperluan setiap orang tidak sama. Buka minda anda.

Orang yang tak puas hati dengan cucian mesin, tetap akan membasuh pakaian menggunakan berus. Okaylah, itu pilihan dia dan tak payah nak kecoh-kecoh. 

Saya, Ina dan anak-anak guna banyak pakaian setiap hari dan kesibukan dalam hidup membuatkan kami perlu bergerak cepat dan memilih cara yang paling mudah serta sesuai dengan hidup kami. 

Kalau saya gunakan mesin basuh biasa, berapa jam nak cuci, berapa jam pula nak dry, berapa hari nak tunggu kering dan tahun bula pula nak pakai baju pergi show dan 'minta sedekah'? Betul tak?

Jadi, inilah rutin mingguan saya. Saya jarang sangat suruh Ina yang dobi baju sebab saya pun sayangkan isteri saya macam orang lain. InshaAllah saya belum gila lagi nak paksa dia cuci baju guna tangan tetapi tak bermaksud kami ini mengaku zuhud. Itu ayat orang-orang yang tidak bertanggungjawab suka tengok orang berkelahi. 

Jadi, kalau tak tahu cerita, tanya. Jangan memandai-mandai mereka cerita baru sampai viral satu alam. Salam mesin basuh dari saya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.