Sebulan Chopstick Tertusuk Di Tangan


CHINA - Seorang lelaki terkejut apabila dia mendapati masih terdapat sebahagian kayu penyepit makanan yang tertusuk di tangannya lebih dari sebulan, selepas percubaannya untuk membuka penutup bir, gagal. 

Zeng, secara tidak sengaja mencederakan dirinya ketika keluar minum bersama rakan-rakannya. Selepas secara tidak sengaja tertusuk dirinya dengan kayu penyepit tersebut. 

Pada awalnya, Zeng menyangka keseluruhan kayu penyepit itu telah dikeluarkan dari tangannya. Setelah luka di tangan dibersihkan, Zeng tidak mendapatkan rawatan di mana-mana klinik/hospital. Namun, luka di bahagian tangannya itu semakin hari semakin teruk. Sehinggalah memaksanya pergi mendapatkan rawatan di hospital setelah lebih sebulan menahan sakit.

Alangkah terkejutnya doktor bila mendapati, kayu penyepit yang panjang 8 sentimeter itu tertinggal di dalam lengannya untuk jangka masa yang terlalu lama. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.