'Seumur Hidup Saya Tak Pernah Sambut Birthday'


Ini adalah gambar throwback 26 Februari 2016. Masa ini, birthday wife aku. Aku bertungkus lumus plan nak celebrate birthday dia. Aku buat simple gila. Masa dia pergi kerja, aku uruskan semua hal. Dari makanan sehinggalah ke birthday cake dia. Aku dah plan awal, aku beritahu keluarga aku terutamanya ibu dan ayah. Mereka bersetuju untuk membuat surprise birthday party ini.

Jadi aku berusaha mencari kawan-kawan lama dia dan BFF dia. Susah juga nak kumpulkan mereka sebab ada yang duduk jauh, sebab study di lain-lain tempat. 

At first aku macam malas nak buat birthday dia ini. Tetapi bila fikir balik, dia pernah beritahu aku,

"Seumur hidup saya, saya tak pernah sambut birthday. Tiada sesiapa nak celebrate brithday saya. Sejak ayah saya meninggal disebabkan sakit tua, dan arwah pun sudah lama meninggal," katanya. 

Tiba-tiba aku tersebak sampai keluar air mata bila teringat kata-kata dia ini. Masa air mata aku mengalir itulah aku mendapat idea ini. Aku kena celebrate juga birthday dia walaupun simple saja yang aku buat. 

Akhirnya, syukur alhamdulillah  aku dapat kumpulkan kawan-kawan dia dan kawan-kawan aku. Once dia dah masuk pintu rumah, aku berdiri pegang cake dan kawan-kawan di sekeliling menyanyikan lagi Happy Birthday beramai-ramai. 

Simple saja surprise birthday ini tetapi penuh dengan makna. Nak tahu sebab apa?
  1. Sebab aku sebagai suami dia yang merancang segalanya.
  2. Dia dapat bertemu dengan kawan-kawan dia yang dah lama tak jumpa. Itu yang membuatkan dia terharu. Aku berusaha kumpulkan kawan-kawan dia agar dia rasa dia dihargai.
  3. Kereta dia keluar selepas beberapa hari dari tarikh birthday dia.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Inilah birthday paling simple tetapi penuh makna. Dari encik suami yang bertungkus lumus berpakat dengan kawan-kawan dia bukan main susah tau. Bila dah berkumpul, aku tahu dia akan happy. Tengok muka dia happy sangat, mata dah berkaca-kaca, barulah dia terasa dihargai. Hehe. 

Sayang, awak jangan sedih-sedih ya. Walaupun ayah awak dah uzur dan arwah mak dah lama tak ada, awa ada keluarga saya. Mama dan ayah saya itulah pengganti mak dan ayah awak tau. Dan saya sebagai suami awak adalah suami yang akan memberi kasih sayang dan cinta saya untuk awak. I love you. - Haziq Reff | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.