Stop Compare Akhlak Anak Korang Dengan Orang lain!


Berhenti menganggap bahawa parenting kita adalah yang terbaik, terutamanya apabila anak cuma seorang atau anak tunggal. 

Kerap kali terbaca, ada ibu yang komen di Facebook orang lain dengan ayat;

"Anak saya baik, patuh arahan. Kita yang kena pandai mendidik," 

Rupa-rupanya, anak dia itu adalah anak perempuan dan merupakan anak tunggal!

Saya bukanlah anti orang anak tunggal, juga bukan nak menafikan kewujudan budak-budak berakhlak baik. Tetapi fahamilah bahawa parenting sebuah keluarga tidak sama dan dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya adalah jantina anak dan jumlah anak dalam keluarga.

Kalau awak parenting anak tunggal dengan berfokus 3-4 tahun, tidak hairanlah anak awak baik. Sampai 5-6 tahun begitu, barulah dapat adik. Normally, anak seorang memang mudah dididik, tidak lasak, jiwa tidak stress sangat dan bertambah bertuah ekonomi suami awak pun baik. Jadi hasilnya bukan kerana parenting seorang atau ayat "kena pandai mendidik.". 

Seperkara lagi, jangan samakan parenting anak perempuan dengan anak lelaki. Maksudnya akhlak di tempat awam ke, kelasakan mereka ke dan sebagainya. Anak perempuan kebanyakannya mudah dijaga sebab baik dan mendengar kata berbanding anak lelaki yang sakit jantung susah nak kata. 

Saya tidak menafikan bhawa ada anak lelaki yang baik, pendiam, jenis berdamping saja dengan ibu bapanya. Tetapi perlu lihat juga si ibu dan bapa serta ekonomi keluarga. Ibu aktif buat kerja, maka anak pun jenis aktif. Tetapi jika ibu jenis banyak duduk dari melakukan kerja, anak pun akan ikut sama.

Kemudian tengok perangai si bapanya, ekonomi, akhlak si bapa, didikan, komunikasi bapa akan mencorakkan akhlak anak. Bapa yang berakhlak baik dan pandai mendidik akan membantu anak berakhlak baik. Ada jenis ayah yang cara didikkannya tidak kena. Bukan mendidik tetapi jenis yang menegur, marah dan pukul. Jadi, bapa yang bermasalah, parenting juga akan bermasalah. Stress ibu nak menghadapi semua itu. Ditambah pula dengan kutukan dari golongan ibu bapa yang rasa diri mereka berjaya mendidik anak-anak. 

Pokok pangkalnya, kita ada common senselah. Bila ada parents yang memerlukan kekuatan untuk menghadapi akhlak anak-anak yang lasak, tidak perlulah beri komen seperti, "anak saya baik". Padahal parents itu anaknya ramai bercampur lelaki dengan perempuan berbanding kau yang hanya punyai anak tunggal perempuan. 

Cuba fahami dunia kanak-kanak yang betul adalah sihat dan aktif. Bukannya duduk diam sahaja, tengok iPad atau diam tidak bermaya. 

Ekonomi keluarga juga boleh mempengaruhi tahap parenting. Suami baik, ekonomi teratur, isteri tak perlu bekerja langsung. Memang si ibu boleh memberikan perhatian 100% pada anak setiap hari. Ibu yang fokus 100% memang boleh membentuk anak yang baik. Namun begitu, nak fokus itu susah sebab tahap individu, takdir dan ujian sebuah keluarga adalah berbeza-beza.

Stop compare akhlak anak sendiri dengan orang lain sebab ujian dan tahap hidup masing-masing adalah berbeza. Anak yang terbaik adalah anak yang soleh. Usia kanak-kanak ubkan penentu kesolehan mereka. - Muhajirin Tarbiyatul AUlad | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.