"Bapa Saya Dikendurikan Beramai-ramai"


KUALA LUMPUR - Viral sebuah video sekumpulan besar orang awam bertindak ganas membelasah seorang pemandu kereta warga emas, pagi tadi.


Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), depan premis Maybank itu, mangsa seorang lelaki warga emas dibelasah dengan teruk selain keretanya ditendang, cermin dipecahkan, lampu sisi dipatahkan.

Menurut laman Wartawan Jalanan, mangsa dikatakan tersalah masuk ke lorong yang tidak sepatutnya sehingga terlanggar sebuah motosikal, sebelum dibelasah oleh sekumpulan besar orang awam yang membeli belah di Jalan TAR. 


Dalam video tersebut, beberapa anggota polis trafik dan orang awam cuba menghalang sekumpulan individu yang terus menerus membelasahnya, namun tidak diendahkan. Malah mereka dengan kejamnya telah memasuki kereta itu dan membelasah mangsa. 

Video yang dimuat naik oleh laman Wartawan Jalanan itu telah mendapat 8,000 lebih perkongsian di Facebook. 

Anak mangsa, Mohd Zulfadhli Mohd Kassim, tampil mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian malang yang menimpa bapanya itu. 

"Terima kasih pada semua sahabat yang viralkan kes bapa saya 'dikendurikan' beramai-ramai sejak dari awal pagi tadi. Banyak maklumat saya dah dapat. Beberapa orang yang bertanggungjawab pun dah dapat. Kes ini juga telah naik sampai pada pihak Kementerian Dalam Negeri. 

"Mohon hentikan spekulasi tentang sesiapa sahaja jika tidak tahu cerita yang sebenar. Jika ada yang berkenaan, sila hubungi saya. Yang memanjat kereta ayah saya juga telah menghubungi saya dan beliau berniat mahu memberi bantuan kepada ayah saya. Saya akan maklumkan sebarang berita," katanya. 

Menurut saksi di tempat kejadian. kereta yang dipandu mangsa telah memasuki lorong tersebut dan terlanggar sebuah motosikal. Namun tiada sebarang kecederaan yang berlaku. Malah penunggang motosikal terbabit juga beredar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. 

Malangnya beberapa orang awam yang lain mula menendang dan membaling objek keras pada kereta mangsa sehingga mencetuskan kejadian yang tidak diingini.

UPDATE 9:24 PM

"Polis akan buat siasatan.. Pengarah JSJ da sahkan 10 tangkapan da dibuat.. ikutkan hati nak juga Balas Pantun semua yang menjual.. tapi ahli keluarga da rakan2 banyak menasihati agar biar ‪#‎PDRM‬ yang jalankan siasatan.. terima kasih pada semua.. ape juga alasan atau spekulasi yg ade di FB ni xpatut kerana beliau berumur 77 tahun.. bukan taraf kehidupan berbeza membezakan cara kita beradab.. thank you for all positive message from all wishing my father recovery.. May Allah Bless You... Selamat Hari Raya.." kata Mohd Zulfadhli - PIXEL MEDIA

ps: Kami memohon maaf kepada keluarga mangsa dalam kesilapan membuat tajuk. Tajuk telah ditukar bagi menjaga sensitiviti pihak keluarga mangsa. 

No comments

Powered by Blogger.