'Teruk Benar Promosi Zawara Coffee' - Netizen


PUTRAJAYA - Susulan tersebarnya berita 'kenderaan perisai' Zawara Coffee ditahan polis, netizen kritik marketing strategi Zawara yang dianggap cuba meraih publisiti menggunakan cara yang tidak wajar.

Artikel berkaitan:

'Kereta Perisai' Zawara Coffee Ditahan
'Zawara Coffee Biadab, Delete Komen Saya!'
Kemukakan Bukti Bil Perubatan & Kami Akan Tanggung - Zawara Coffee 

"Aku nampak hari itu kereta ini pusing. Jenama coffee pun aku tahu. Teruk benar promosi. Sudahlah sekarang tengah panas tentang ISIS, memang kena tahanlah dengan polis," kata Besi Biru.

"Jika nak buat replika berbentuk military equipment/gadget/artilery ini, tak perlulah beria-ria sangat sampai nampak seperti yang sebenar. Tak pasal-pasal kena tahan," kata Ahmad Syafi'ie. 




"Jangan kata replika senjata perang, pakaian berbentuk coreng tentera pun adalah salah di sisi undang-undang untuk orang awam pakai di tempat awam," kata Zaidin D. Faizul.

Menurut Yahaya Dadidulaenkali Man, kenderaan tersebut telah dibeli dari tentera semasa membuat lelongan. 

"Kereta ini dibeli dari tentera semasa membuat lelongan. Asalnya berwarna loreng dan tiada pula pelancar roket. Kenderaan ini khas untuk membawa towing meriam," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.