'Tolonglah, Balik Kampung Jangan Buat Rumah Macam Hotel'


Aku anak bongsu, ada abang 6 orang, kakak seorang. Memandangkan aku saja yang masih belum berkahwin lagi, aku saja yang selalu dengan mak, sebab aku dapat belajar dekat dengan rumah. Tetapi aku duduk di hostel juga. 

Al kisahnya, mak selalu bercerita pada aku yang mak tak suka sangat kalau anak-anak dia balik ramai-ramai masa hari raya. 

By the way, anak saudara aku dah berbelas orang. Semuanya budak-budak lagi. Yang paling dewasa pun, sekolah rendah, yang baby pun ramai. Bayangkan saja rumah mak bila time raya macam mana. 

Mula-mula, aku pun pelik dengan kata-kata mak. Tetapi lama kelamaan aku menjadi faham sebab aku pun turut merasa geram juga kadang-kadang. Semua yang balik itu, seperti terlalu bergantung pada mak. Kalau mak tak masak, memang kebulurlah semua orang yang ada dalam rumah itu. 

Aku yang belum berkahwin ini, selalu disuruh mak buat itu ini. Bukanlah nak mengeluh, tetapi geram. 

Mostly mereka tak bawa pun kelengkapan mandi atau tidur sebeb mereka tahu semua benda ada di rumah ini. Tak kisah pun kalau mereka nak gunakan, tetapi kasihanlah pada mak bila mereka semua dah balik. Mereka tinggalkan benda-benda yang mereka guna, macam duduk di hotel. Jadi, memang kena kutip dan basuh semua. Banyak giler kot? Kadang-kadang, sampai dua tiga kali masuk mesin basuh. Kalau aku tak ada, atau aku ada kelas awal, mak yang kena uruskan semua itu. 

Mak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis. Kadang-kadang, sampai demam selepas mereka semua balik ke tempat masing-masing. Mak jenis yang tak suka tegur sebab takut ada yang bergaduh nanti.

Kalau tetamu datang berhari raya pun, aku dengan mak yang kelam kabut turun tangga. Sudahlah kena masak banyak-banyak sebab anak cucu saja dah berapa ramai, 20 orang kot. Hari itu pun kenduri abang aku, sampai aku demam seminggu. 

Raya tahun lepas, kawan-kawan aku datang beraya. Bila mereka nak tumpang sembahyang di rumah aku sebab masa itu dah lewat, aku tak kisah sebab sudah terbiasa. Lagi pun ada bilik kosong. Selepas mereka balik, baru aku perasan pampers anak-anak buah aku menimbun dalam tandas. Aku tak tahu nak letak muka di mana. Mesti mereka geli masa gunakan tandas itu tadi. Aku tak perasan sebelum ini sebab aku guna bilik air yang lain. Sebab itulah kalau kawan-kawan aku datang, aku kena kemaskan apa yang patut dulu sebelum mereka datang. 

Kuih dalam balang, kalau aku tak top up, memang kosonglah balang. Air tumpah pun, bukannya nak tolong lapkan, dengan ratu-ratu semut pun datang aku rasa. Kalau tak ada orang buat air, memang tak adalah manusia nak pergi buat untuk para tetamu. 

Sudahlah malas nak buat air, bila orang sibuk nak hidang air pada tetamu, anak-anak mereka juga yang sibuk meminta air. Aku paling tak suka budak-budak buat kacau masa tetamu datang sebab aku memang sudah diajar oleh mak masa kecil-kecil dulu, selagi orang tak bagi, jangan haraplah nak rasa air itu. 

Dipendekkan cerita, kalau mak tak ada, kebulurlah mereka semua. Kalau aku tak ada, rumah itu akan jadi tongkang pecah. Jadi, di sini aku nak pesan pada semua yang balik raya itu, tolong sangat-sangat ada common sense itu.

  • Tolonglah apa yang patut
  • Tolonglah jangan buat rumah macam hotel
  • Tolong sangat-sangat ada rasa geli terhadap benda yang kotor
  • Tolong jangan buat mak macam bibik.
  • Yang suami itu, kalau dah nampak isteri tak buat kerja, ringankanlah mulut itu.
Aku bukan nak mengaibkan sesiapa, cuma perkara inilah yang aku boleh tegur bagi mereka yang sudah berkahwin atau bakal berkahwin. Sebab tak nak nanti ada yang bermasam muka dengan mak mertua, ipar duai. Kadang-kadang itu, common sense tak ada dalam diri seseorang itu sebab dia tak pernah rasa sebelum ini. Mungkin sebelum ini, semua kerja-kerja rumah dibuat oleh bibik. 

Saya bukanlah baik sangat, hanya teguran. Semoga menjadi pengajaran buat semua. Ambil yang baik-baik saja, doakan saya jadi anak yang solehah dan juga isteri solehah. InshaAllah. - Adik Bongsu | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.