(Video) Lelaki Maut Ditembak Dengan 16 Das Tembakan


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat ketika mangsa memberhentikan keretanya di lampu isyarat, hari ini. 

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Kana, 43, memandu kereta jenis Honda Accord ditembak dengan 16 das tembakan oleh empat lelaki yang menunggang dua buah motosikal di persimpangan lampu isyarat Jalan Taman Ibu Kota, Setapak. 

"Keempat-empat suspek menghampiri kereta mangsa sebelum pembonceng kedua-dua motosikal turun dan melepaskan beberapa das tembakan pada tingkap bahagian kanan dan kiri kereta," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa. 

Kejadian itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk. 

Polis percaya pembunuhan mangsa yang juga bapa kepada tiga orang anak, yang menetap di Taman Melawati, Wangsa Maju itu mungkin ada kaitan dengan aktiviti kongsi gelap.


Rusdi berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah pemberi pinjaman wang. Motif pembunuhan masih belum dapat dipastikan. Namun tidak menolak kemungkinan kejadian berlaku berkaitan dengan perniagaan dan balas dendam.

"Mangsa tidak mempunyai rekod jenayah, tetapi pernah ditangkap sebelum ini pada tahun 2014.

"4 daripada peluru mengenai lengan kanan mangsa. 10 das tembakan pula menusuk ke badannya selain dari kepala dan paha mangsa turut terkena tembakan," katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Polis kini menyeru saksi-saksi kejadian tampil membantu siasatan.

"Kami menyeru kepada pemilik putih Perodua Alza, yang berada di belakang kereta Accord ketika kejadian itu berlaku, tampil untuk membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan," kata Rusdi - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.