Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    (Video) Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Sehingga Putus Kaki


    KEPALA BATAS - Seorang penunggang motosikal jenis Honda Wave, maut dalam kemalangan ngeri dalam kejadian petang semalam, lapor Sinar Harian.

    Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa, Md Iqbal Hossiin, 40, pekerja kontrak, yang sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat, dirempuh oleh sebuah kereta Perodua Kenari dari belakang.

    Akibat dari rempuhan itu, mangsa terpelanting dan pergelangan kaki kanannya putus, manakala motosikalnya diseret sejauh 50 meter oleh kereta terbabit.

    Mangsa maut serta merta di lokasi kejadian.


    Dalam masa yang sama, sebuah kereta Perodua Axia yang berada berdekatan dengan mangsa turut dirempuh oleh kereta Kenari tersebut. Bagaimanapun kedua-dua pemandu berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk mendapatkan rawatan.




    Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Azmi Adam, mengesahkan kejadian itu dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - PIXEL MEDIA

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.