Walaupun Penat & Sakit, Perempuan Tetap Tak Serik Mengandung


Morning sickness. Loya. Muntah. So cliché kan kalau tengok kat drama-drama Melayu, asal muntah je mengandunglah tu. Yang lebih teruk jarang orang tunjuk. Perempuan mengandung ni macam-macam, pelik-pelik. Lain orang lain ragamnya. Ada yang selera makan tak ada... Bukan semua ibu mengandung berselera nak makan. Loya-loya tapi nak kena telan macam-macam supplement; folic acid, obimin, fish oil, vitamin c. Hari-hari kena minum susu. Gosok gigi, gusi berdarah. Tak tahan bau pada sesetengah benda. Asyik nak terkencing, keluar masuk tandas. Demam, selsema, batuk-batuk. Ada yang kena admitted Hospital sebab muntah terlampau banyak sampai keluar darah dan dehydrated. Uri dekat bawah, lasak sikit bleeding, jalan sikt bleeding, sampai kena stay dekat Hospital berbulan-bulan. Terpaksa minta cuti dari kerja, dan ada yang sampai kena berhenti kerja. 

Heartburn. Sakit pinggang. Kaki cramp. Emosi tak kena tempat, menangis marah tak tentu pasal. Pakai panties pun rasa senak. Nak togel je kalau boleh. Penat yang amat especially during 1st and 3rd trimester. Rasa nak tidooo je, tapi bila penat dah rasa nak tido, tak boleh tido pulak. Macam-macam jenis bantal ada kat katil. Pusing sana pusing sini, last-last tak cukup tido. Tak ada mood langsung nak bersiap ke, nak make up ke, nak jumpa orang lagi la malas! Hidong kembang macam kuih bahulu. Kaki tangan kembang semangkuk, peha melebar. Leher hitam berdaki. Kulit perut dan peha gatal sangat macam berapi. Serba salah nak garu ke tak sebab takut keluar stretch marks. Garu pakai sikat la, garu beralas kain. Sapu bio oil la, cream shea butter la, tetap stretch marks keluar jugak macam kulit buah tembikai! Tetek sakit dan bengkak. Keputihan keluar dengan banyak dan ada yang badan berbau, mulut berbau. 

Kalau part bersalin tu lagi lah macam-macam cerita. Yang dah bersalin pulak. If bersalin normal, ada yang sampai bahagian bawah tu terkoyak teruk, berjahit-jahit. Nak duduk sakit, nak kencing nyilu, nak berak lagi la sampai ada yang berminggu tak berak sembelit. Yang caesarean pulak masa dalam pantang tu nak batuk sakit, nak ketawa sakit... Nak dukung anak pun terketar-ketar. Kalau salah makan ada yang sampai bernanah dan luka jahitan tu. 

Yang menyusukan anak, low supply lah. Berusaha la bersungguh-sungguh makan itu makan ini nak cari milk booster. Makan pun kena fikir. Sesetengah makanan boleh buat anak cirit, perut anak masuk angin. Yang over supply, tetek bengkak, ada yang sebelah tetek kecik sebelah besar, belum part yang londeh lagi. Then nak kena pump pulak. Yang nak wean off, ada yang sampai demam sebab tetek bengkak, sakit sangat. Kalau anak yang minum susu formula, nak kena cuci botol, nak sterilize botol, nak buat air panas. Malam-malam anak menangis mintak susu, terkebil-kebil la mata, mamai-mamai, terkial-kial nak bancuh susu. Ehhh air terlebih panas pulak. Ehh susu tertumpah pulak. Ehh susu nak habis!

Kalau dulu rambut bukan main ikal mayang, mengerbang ayu, tapi sekarang rambut nipis sangat sampai nak nampak kulit kepala. Rambut gugur teruk, sekali sikat, sekali shampoo je seram betul tengok. Penuh dekat lantai rumah. Hmmm. Hormone memang bercelaru. Kejap period, kejap tak period. Langsung tak period. Period tak berhenti. Kalau datang penyakit pelupa tu memang penat. Ehhh apa aku nak buat tadi? Ehhh mana aku letak benda tu tadi? Haishh. Stretch marks tak hilang, nak kena hadap perut mengelebeh lagi. Nak kena exercise konon berangan nak pergi gym la, diet la, tapi belum tentu dapat kurus sebab kalau breastfeed anak, tahap lapar tu macam harimau kelaparan nak makan orang. Diet kelaut. Ohh belum masuk chapter nak jaga anak pulak. Lagi lah panjaaaaanggggg dannnn complicateedddddd dan tak habis............ 

Ohhhh wanitaaaa. Walaupun penat, walaupun sakit, tetap tak serik... Inilah pengorbanan seorang wanita. Tak semuanya indah dan tak semuanya gundah. Sebab tu Allah bagi ganjaran pahala yang besar dekat kita. Allah bagi peluang dekat kita dapat mengandung, dapat zuriat. Kebahagiaan. Ini rezeki bahagian kita. Ramai lagi orang lain yang tak dapat peluang macam ni. Bila penat, bila sakit, bila stress... Fikir sejenak, untungnya kita... Orang lain belum tentu lagi.

Untuk para suami, hargailah isteri. Kadang-kadang kita sakit, kita penat, kita tak bagitau. Kita diam. Kalau ada yang tak dapat nak luangkan masa untuk layan, belai, picit kaki isteri, cukuplah dengan JAGA HATI isteri. Dan si isteri pulak janganlah sampai terlebih mengambil kesempatan di atas kebaikan suami.

Sekian, ikhlas dari seorang wanita dan seorang Mak kepada Muhammad Ali & Abu Fattah yang masih lagi terkapai-kapai di dunia ini. - Intan Nadiah Hamzah | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.