Wanita Maut Tertusuk Besi Penghadang Jalan

Gambar - Berita Semasa Tempatan Malaysia

DUNGUN - Seorang wanita maut, manakala suami dan anaknya cedera, selepas kereta yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 83, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat Kampung Batu 5, lapor Harian Metro

Kejadian yang berlaku pada jam 7 malam tadi, Nur Madihah Mohd, 22, parah di bahagian kepala dan badan, meninggal dunia di lokasi kemalangan. 

Difahamkan, kereta yang dipandu oleh Muhammad Syahir Muhammad Syafiq Chandran, 21, yang dalam perjalanan balik ke rumah mereka di Kampung Limbong, Paka, terbabas ke lorong kiri selepas menuruni bukit dan melanggar besi penghadang jalan. 





Pelanggaran itu menyebabkan besi penghadang jalan menembusi kereta dan tertusuk pada badan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan. 

Muhammad Syahir dan anaknya, Muhammad Naufal, 2, dihantar ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.