3 Maut, Honda HRV Terbabas Dalam Longkang

Gambar dari Facebook

PUCHONG - Seorang lelaki dan dua wanita maut apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang, di Jalan PU3, Taman Puchong Utama, hari ini. 

Lapor Free Malaysia Today, ketiga-tiga mangsa yang berusia 30-an di mana salah seorang dari wanita terbabit dipercayai hamil, tercampak keluar dari kenderaan jenis Honda HRV dalam kejadian jam 10.00 pagi itu.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kesemua mangsa berada di luar kenderaan ketika mereka tiba di lokasi kejadian.

Jelasnya lagi, kereta berkenaan datang datang dari arah Putrajaya menghala ke Puchong melalui Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) terbabas dan melanggar tembok longkang sebelum terjunam ke dalam longkang, lapor Harian Metro.

Gambar dari Facebook

Gambar dari Facebook

Gambar dari Facebook

Berdasarkan gambar yang dikongsikan di media sosial, kerosakkan yang dialami kereta itu juga kelihatan teruk.

Kesemua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.