7 Lelaki Dipenjara Kerana Gagal Membayar Nafkah


KUALA TERENGGANU - Dari 2010 hingga 2015, seramai tujuh lelaki telah dijatuhkan hukuman penjara kerana mengingkari perintah mahkamah untuk membayar nafkah kepada anak-anak mereka, demikian kata Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd, lapor Bernama. 

Mengikut statistik penguatkuasaan dan perlaksanaan perintah nafkah anak oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, sebanyak 726 kes ingkar telah direkodkan dalam tempoh tersebut. 

"Daripada 726 kes, 495 kes difailkan di Mahkamah Syariah Terengganu untuk tujuan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah. Faktor utama mengapa golongan bapa enggan membayar nafkah anak adalah kerana tidak bertanggungjawab.

"Kita lihat mereka mampu beristeri baru, malah ada yang mampu beli kereta baru tetapi culas membayar nafkah anak bersama isteri terdahulu," katanya. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.