'Abang, Minta Maaf. Saya Yang Salah...'


Saya kagum dan terkesan melihat isteri, wanita yang sangat tabah. Di saat suaminya sedang sibuk bekerja, dia menguruskan anak-anaknya. Mereka juga bekerja tetapi tetap kena menguruskan rumahtangga. 

Bangun pagi, dia menguruskan suaminya ke tempat kerja, siapkan anak-anak ke sekolah. Kejut anak-anak bangun setiap pagi. Bukan sehari, tatapi sudah bertahun lamanya. Tak pernah jemu mereka menguruskan semua ini. Kadang-kadang dimarahi atau dikasari suami dan anak-anak ketika mengejutkan mereka. Dia terus memujuk hati sendiri dan terus menguruskan keluarga. 

Siapkan minum pagi dan barang-barang suami dan anak-anak. Gosok pakaian suami dan anak-anak. Kadang-kadang terasa sangat letih dan nak marah bila dirinya kena marah. Duduk sekejap, tadah tangan. 

"Ya Allah, tolonglah ya Allah, tolonglah,"

Kemas rumah yang bersepah dan melayan anak-anak. Pastinya rumah ini akan bersepah semula bila anak-anak balik nanti. Siapkan makanan tengah hari. Bila anak-anak balik, beg mereka akan selalu dicampak, terus sibuk bermain atau makan. Wanita tadi terus menguruskan rumahtangga. 

Begitulah rutinnya sepanjang hari. Basuh baju, jemur baju, angkat baju, lipat baju, kemas baju dalam almari. Kadang-kadang terasa rumah macam kedai dobi, restoran, panggung wayang buat anak-anak atau taman permainan kerana riuh rendah tangisan dan jeritan dari anak-anak. Setiap hari adik beradik bergurau, selepas itu bergaduh. 

Maafkanlah wanita ini jika mereka menjerit, marah, tak cantik, kuat membebel dan kurang senyum. Bantulah mereka dan doakanlah mereka. Urut mereka dan belailah mereka. 

Tetapi kadang-kadang mereka terlebih penat, mereka cubit anak-anak dan menjerit kuat-kuat. Keadaan bertambah tegang bila suami pula memarahi dan tidak memahaminya apatah lagi membantu. Akhirnya suami tidur dalam keadaan marah. 

Kadang-kadang isteri menangis seorang diri. Isteri belum tidur dan buka beg tangan, mengambil beg duit mereka dan keluarkan gambar suami mereka yang diselitkan di dalamnya. 

"Abang, minta maaf. Saya yang salah," katanya seorang diri sambil menangis. 

Isteri yang solehah, mereka akan sentiasa mengembirakan hati suami. Apa sahaja yang mengembirakan hati suami, itu juga adalah kegembiraan mereka. Seorang suami yang soleh juga akan sentiasa berusaha memenuhi keperluan dan membahagiakan isteri mereka. Paling utama, mereka ingin redha Allah dan cinta Allah. Ingin bersama dalam syurga. 

Mereka tadah tangan pada Allah, mereka sangat tabah dan kuat. Wanita dilahirkan dengan sifat yang sangat kuat untuk berkorban. InshaAllah tempat yang tinggi buat mereka dalam syurga. Doa dan kerana Allah buat mereka sentiasa kuat. MEreka tidak seperti wanita biasa, walau adakalanya mereka juga menangis dan bersedih. Tetapi merekac cepat kuat kerana mereka ada Allah. 

Suami mereka terjaga dari tidur kerana merasai sedang didoakan. MEreka berpelukan dengan perasaan semakin rapat dan berkasih sayang. Cinta Allah segala-galanya. 

Ya Allah, berilah ibu, isteri, semua wanita yang kami cintai dan semua wanita dalam dunia terus kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan ini sehingga sampai ke syurga. Berilah wanita ini semua syurga yang paling tinggi. Mereka tidak akan pernah menyesal atas setiap susah dan pengorbanan yang mereka berikan. 

Wahai wanita seluruh dunia, teruskanlah berbuat baik kepada Allah dan suami. Takkan rugi orang yang berbuat baik dan bersangka baik. Allah jaga dan tidak akan mensia-siakan kamu wahai wanita. - Ebit Lew | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.