'Anak Saya Dicabul Pelajar Senior, Tetapi Pengetua Tahfiz Ugut Jangan Buat Laporan Polis'


Baru-baru ini terdapat berita yang mengejutkan tentang kes penderaan kanak-kanak di sebuah Maahad Tahfiz di bahagian utara. Saya sendiri yang mempunyai anak yang bersekolah di salah satu maahad ini ingin berkongsi kisah yang terjadi kepada anak saya tahun ini, dan saya berharap dengan perkongsian ini ibu bapa akan membuat pilihan terbaik di sekolah mana mereka berhasrat menghantar anak-anak mereka, sekiranya mereka ingin anak mereka belajar ilmu agama.

Anak saya berusia 10 tahun dan berkebolehan menghafal surah-surah pendek dalam alQuran jadi kami berpendapat dia merupakan calon terbaik untuk satu temuduga memasuki sebuah maahad tahfiz yang terkemuka. Kami bercadang mendaftarkannya ke maahad ini dan memandangkan kemasukannya sangat sengit melalui bermacam jenis ujian, hujungnya kami berasa bangga apabila dia terpilih sebagai salah seorang dari 4,000 calon. Ini bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan bagi anak kami untuk menyertai sekolah maahad yang termasyhur di Malaysia. Namun sedikit pun kami tidak menyedari yang mimpi ini bakal bertukar menjadi mimpi ngeri.

Pada awalnya, kumpulan anak saya yang terdiri daripada 30 org kanak-kanak berumur 10 tahun dihantar ke suatu kawasan pedalaman untuk mengasingkan mereka dari pengaruh kehidupan di bandar. Semuanya berjalan lancar di tempat ini dan kami berpuas hati dengan pencapaian akademik dan hafazan alQuran anak kami. Suatu hari, maahad ini menghadapi masalah pentadbiran dan bercadang menjual cawangan luar bandar ini dan memindahkan kesemua anak ke sekolah utama bersama dengan pelajar yang lebih tua (sekolah menengah) dan pada waktu inilah penderitaan mental dan fizikal anak saya bermula.

Pada bulan Mei, dia pulang untuk cuti persekolahan. Kami menyedari ada kesan lebam di wajahnya dan pipi kirinya sedikit bengkak. Setelah disoal, dia berkata dia bergaduh dengan seorang rakan tetapi tidak memberitahu secara terperinci. Pada satu malam dia berbaring di sebelah saya dan mula bertanya soalan-soalan seperti, 

"Adakah tidak mengapa jika ada orang yang membuat kita terangsang? Kenapa boleh menjadi keras bila seseorang mencium kita?"

Saya berasa aneh dengan soalan-soalan itu, lalu saya terus menyoalnya bermacam-macam. Jawapan yang diberikan sangat tidak dijangka. Pengakuan dan pemerhatiannya hampir membuat saya jatuh pengsan.

Pelajar senior-senior, terutamanya ada seorang yang merupakan anak yatim dan penghuni tetap maahad itu sering membuat gangguan seksual terhadap pelajar junior. Dalam satu kejadian, pelajar senior akan memaksa mangsa mereka melakukan perbuatan keji dengan menahan seorang pelajar lelaki pada tangan dan kakinya dan memaksa pelajar lain memegang kemaluan mangsa serta merangsangnya sehingga keras.

Kemudian mereka akan menyuruh mangsa memasukkan kemaluannya ke celah punggung pelajar lain sambil mentertawakan anak-anak ini. Selain itu, pelajar junior juga dipaksa bercium antara satu sama lain sambil mereka memerhatikan alat kemaluan mangsa menjadi tegang.

Ekoran itu, anak saya melaporkan perkara itu kepada warden dan satu rombakan telah dibuat terhadap tempat tidur para pelajar di dorm. Malangnya, pelajar senior yang terlibat mendapat tahu yang anak saya telah membuat laporan itu lalu menyerangnya secara fizikal dan dicaci maki dengan penghinaan. Anak saya membalas dengan melawan kembali dan akibatnya dia dibelasah. 

Saya bertanya pada anak saya nama-nama pelajar junior yang turut menjadi mangsa dan memaklumkan kepada ibu mereka melalui WhatsApp. Alangkah terperanjatnya mereka lalu menyoal anak-anak mereka dan akhirnya mereka mengakui bahawa perkara itu memang terjadi semenjak mereka berpindah ke tempat itu.

Memandangkan sudah hampir penghujung cuti persekolahan, tiga ibu bapa telah membuat keputusan untuk mengeluarkan anak-anak mereka dari maahad tersebut. Salah seorang daripadanya telah membuat laporan polis. Tetapi pemeriksaan doktor menyaakan bahawa tiada penetrasi yang berlaku melalui punggung.

Anak saya yang masih trauma dengan kejadian itu, membantah untuk meneruskan pembelajaran di sekolah ini dan kami juga terpaksa mengeluarkannya dari maahad ini. 

Saya ingin membuat laporan polis saya sendiri namun suami saya yang juga peminat ustaz terkenal yang juga merupakan pengetua maahad ini bercadang untuk bersemuka. Jadi. kami menghubungi pembantu peribadinya dan memaklumkan perkara ini. Namun beliau tidak hairan sama sekali.

"Kalau puan buat laporan polis, biarkanlah polis buat kerja mereka," katanya. 

"Kami belum buat laporan polis lagi. Tetapi kami akan buat laporan polis sekiranya kami tidak mendapat tarikh untuk bertemu dengan pengetua," 

Lalu beliau memberikan tarikh dan kami pun berjumpa pengetua bersama anak kami. 

Perkara pertama yang disoal oleh pengetua kepada anak kami ialah, apakah anak saya faham tentang tuduhan dan maksud 'liwat'. Anak saya menjawab bahawa ia adalah perbuatan memasukkan penis di antara punggung. Pengetua itu meminta anak saya menjelaskan apa yang dia lihat pada ketika kejadian itu. Anak saya tetap memberikan jawapan yang sama.

Pengetua yang alim orangnya ini kemudian memandang kami dan berkata,

"Puan, ini merupakan percubaan meliwat dan bukan perbuatan liwat itu sendiri. Cubaan merogol tidak sama dengan rogol. Jika puan bawa ini ke mahkamah, anda akan kalah. Kami telah jalankan siasatan dan menyoal siasat pelajar-pelajar yang terlibat. Tiada mangsa yang mengakui terjadinya penetrasi dan pelajar-pelajar senior hanya bergurau dengan mereka. 

"Jika puan buat tuduhan palsu, ia akan mencemarkan nama baik kami dan kami akan ambil tindakan. Kami juga dimaklumkan bahawa anak puan tidak patuh dan mula menjadi gangguan kepada guru di sekolah ini. Dengan keputusan akademiknya, kami tetap mengambilnya untuk belajar di sini. Tetapi puan mahu mengeluarkannya dari sini, itu pilihan puan. 

"Saya cadangkan puan bawalah anak puan berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dan buat laporan polis jika puan mahu. Seperti yang saya katakan, kami ada banyak kenalan, jadi puan harus berwaspada dengan tindakan puan yang seterusnya," katanya. 

Pada waktu itu, saya rasa sekolah ini memilih untuk melindungi pesalah dan menjaga nama baik institusinya sahaja. Anak saya yang menjadi mangsa pula diugutnya untuk tidak melaporkan kepada pihak polis.

"Apa tindakan yang akan diambil terhadap pelajar senior yang menjadi dalang kepada pesta pencabulan ini?" soal saya. 

"Tiada laporan yang dibuat terhadapnya. Dia hanya bercerita dan tidak melakukan apa-apa perbuatan fizikal. Jadi, tiada kesalahan dan tidak perlu diambil tindakan. Dia anak yatim dan menjadi penghuni di sekolah ini, kami tidak boleh membuangnya," katanya. 

Saya difahamkan bahawa pelajar senior terbabit mempunyai keistimewaan kerana dana negeri dapat disalurkan ke sekolah itu atas nama kebajikan anak yatim. 

Setelah berbincang selama 75 minit, kami beredar dari sekolah tersebut. Sekarang kami sedang mendapatkan khidmat nasihat dari peguam kami dan pihak polis. Tetapi kami masih belum mempunyai bukti kukuh untuk mengatakan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku. Apa yang kami tahu ialah anak kami trauma dicabul dan bingung. 

6 mangsa yang lain termasuk anak saya telah meninggalkan sekolah itu. Kami terpaksa mengambil tindakan sendiri untuk menyelesaikan masalah ini sementara pesalah laku itu masih bebas dalam institusi hebat berkenaan yang diketuai oleh ustaz terkenal yang menidakkan keadilan terhadap anak kami.

Sejak dari itu kami mendapat tahu bahawa maahad ini bukan sahaja tempat pengajian Al-Quran tetapi juga pusat pemulihan untuk anak-anak bermasalah. Tindakan menghantar anak saya ke tempat nereka ini adalah kekecewaan terbesar saya. Sebagai ibu saya berasa sangat marah. Marah kerana anak saya akan selama-lamanya trauma dengan kejadian yang dilakukan oleh syaitan berjubah dan berserban putih.

Saya tidak mengatakan bahawa semua maahad itu buruk, tetapi saya pasti ramai ibu bapa di luar sana ingin tahu apa yang terjadi dan saya menulis untuk memberi peringatan kepada ibu bapa agar tidak mengorbankan anak-anak suci anda atas nama agama kerana Al-Quran itu benar tetapi orang yang mengamalkan dan mengajar ajaran yang salah itulah sebenarnya syaitan durjana. - Facebook | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.