'Bukan Saja Belajar Sejarah, Pelajar Juga Belajar Asam Garam Kehidupan' - Cikgu


Kelas sejarah saya hari ini mudah. Tetapi nak mengolahnya menjadi karangan pula payah. Cerita ini panjang, tapi kalau nak tahu, baca. Tak nak pun tak apa. 

Hari ini saya buat kuiz dengan pelajar Tingkatan 1UKM di dataran. Saya tanya soalan-soalan yang berkaitan dengan bab yang dipelajari. Siapa yang angkat tangan dulu, dia boleh cuba menjawab. Jika jawapan yang diberikan itu tepat, dia boleh melangkah satu langkah ke depan. Tetapi jika jawapan salah, dia perlu mengundur satu langkah ke belakang.

Lebih banyak soalan yang berjaya dijawab, maka makin majulah pelajar itu ke depan. Jika asyik salah saja, maka semakin mengundurlah ke belakang atau jika takut mengambil risiko, play safe, maka kekallah mereka di garisan yang sama sehingga habis masa. 

Pelajar bermula di garisan yang sama
Dan di hari ini, pelajar dapat lebih dari sekadar siapa Bendahara Melaka yang terbilang atau di tahun bila Portugis mula menyerang? Hari ini mereka dapat merasa secubit asam garam kehidupan. 

Pelajar yang menjawab dengan betul ke depan. Yang salah, undur selangkah ke belakang.
"Tak aci lah teacher ni. Asyik orang yang sama saja dapat jawab!" 

Well, kalau sudah orang yang sama saja yang berani menyahut peluang, orang yang sama sajalah yang akan mendapat keuntungan. Hidup pun begitu juga. Peluang di depan mata tetapi ditenung saja memang tak akan dapat apa-apa. 

"Kami bukan tak tahu jawapan, teacher. Tetapi tak sempat nak menjawab. Orang lain dah jawab dulu," 

Begitu juga dengan hidup ini. Siapa yang lambat, lembik, lemah gemalai bagai, memang susah nak mengejar peluang. Semua perkara di zaman ini kena pantas! Sampul raya di bank pun habis kalau kita datang last minute. Kita kena alert! 

Makin lama, sumber/peluang makin jauh ke depan. Dekat dengan pelajar paling hadapan.
"Tetapi mana aci teacher. Saya ni at least try juga. Alih-alih ke belakang. Lagi belakang dari orang yang tak mencuba. Aduhai, baik tak payah jawab!" 

Siapa suruh angkat tangan tak betul-betul tahu jawapan kepada soalan? Menjawab pun main bedal saja. Padan muka! Begitu juga dengan hidup. 

Dah nama pun peluang, mestilah ada risiko. Setiap risiko yang kita ambil tetapi gagal, kita akan jatuh lebih teruk dari asal. Kerja kalau semberono, tak study dulu, main buat saja asal siap memanglah melingkup. Orang nak berniaga, awak pun nak berniaga. Orang nak kahwin, awak pun nak kahwin. Orang buka butik, awak pun buka butik. Orang main saham, awak pun sibuk main saham tetapi tak ada persediaan langsung, last-last hutang keliling pinggang. Hidup dari senang jadi tak senang. 

Ambil peluang yang ada di depan mata. Gapai dan capai. Do it but do it wisely! Ingat, hidup ini memang tidak adil sebab adakalanya orang pengecut survive lama tetapi kekal di level itu saja sampai bila-bila. 

Jarak terakhir pelajar paling hadapan dan paling belakang.
"Teacher semakin ke depan, ke depan. Kami yang di belakang ini tidak dapat dengar sangat soalan yang teacher berikan. Sebab itu orang depan saja dapat jawab," 

That's what I called 'privilege' atau kelebihan. Semakin kita berjaya dalam hidup, semakin banyak kelebihan yang kita dapat dan dengan kelebihan itulah orang kaya, orang pandai, orang famous akan terus kaya, pandai, dan famous. Dan yang mundur akan terus mundur sebab semakin lama semakin luas jarak dia dengan sumber dan peluang yang jauh nun di depan. 

"Teacher, kami tak boleh borak sebab dia di depan sana!" rungut pelajar sambil buat muka sedih dan menunjuk rakan mereka di depan. 

To be honest, berapa banyak dalam hidup ini contoh hubungan yang mula-mula akrab selepas itu sepi? Berapa ramai kawan yang sudah tidak menjadi kawan sebab perbezaan status dan ekonomi? Welcome to a real life gambling my dear! - Rysherz Rayn | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.