Dibunuh Sebelum Dibuang Ke Dalam Gaung


KUALA LUMPUR -  Mayat seorang kanak-kanak lelaki ditemui di Kampung Kemensah, Ulu Kelang, jam 2 petang tadi, lapor Harian Metro.

Mayat kanak-kanak itu dipercayai Noor Amila Edrus Norsham, 5, yang dilaporkan hilang di Jinjang, seminggu lalu, dipercayai telah dibunuh dan dibuang ke dalam gaung di kawasan perkampungan itu sejak beberapa hari yang lalu. 

Ibu bapa Noor Amila Edrus telah dimaklumkan dan diminta datang ke Hospital Kuala Lumpur untuk membuat pengecaman.

Noor Amila telah dilaporkan hilang selepas pergi ke surau berhampiran rumahnya. Ibu bapanya membuat laporan polis selepas mangsa tidak pulang ke rumah pada waktu maghrib. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.