Gadis Diculik Abang Ipar Ditemui Dalam Hutan


MIRI - Murid perempuan Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Miri yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu, ditemui dalam hutan bersama dengan abang iparnya yang didakwa telah sengaja menculik mangsa. 

Mangsa, Derrona Joylyn Joseph, 11, anak bongsu dari empat beradik berjaya ditemui dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. 

Julian Sabong, penganggur dan bapa kepada dua orang anak itu telah ditahan dan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. 


Terdahulu, mangsa telah dijemput oleh lelaki berkenaan menaiki kereta Perodua Viva berwarna putih pada jam 12.30 tengah hari, selasa. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak pulang ke rumah sehingga petang pada hari yang sama, menimbulkan kebimbangan ahli keluarga. 

Kereta Perodua Viva yang digunakan oleh suspek pula ditemui ditinggalkan di kawasan lapang di Jalan Miri-Bypass, jam 10.20 malam, Selasa.

Motif penculikkan masih dalam siasatan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat mahu mengurung dengan sulit dan salah. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.