'Hancur Berkecai Impian Saya Nak Jadi Doktor Gigi...'


Impian seorang remaja perempuan ingin menjadi doktor gigi hancur berkecai selepas dia gagal mendapat tawaran kursus pengajian yang dipohonnya meskipun keputusan akademiknya amat memberansangkan. 

Saranya Sree Muniandy, 19, meluahkan kekecewaannya itu di laman Facebook Friends of YB P. Kamalanathan, Ahli Parlimen Hulu Selangor kini viral di media sosial. 

Saya Saranya Sree a/p Muniandy, 19 tahun. Saya memperoleh 9A dalam UPSR dan PMR, 7A + 3A dalam SPM serta 4.00 PNGK dalam PSPM. Malah saya turut mendapat markah 100% dalam ko-kurikulum. 

Semalam saya dapat keputusan UPU, saya hanya ditawarkan kursus Sains Bioperubatan di Universiti Putra Malaysia. Permohonan saya untuk kursus Pergigian di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti malaysia telah ditolak. 

Keluarga saya bukanlah orang kaya dan selama ini saya hanya belajar di bawah bantuan kerajaan sahaja memandangkan saya tiada pilihan yang lain. Saya juga telah menghadiri temuduga bagi kursus Pergigian untuk UM dan UKM dan saya benar-benar yakin bahawa saya telah melakukan yang terbaik dalam temuduga tersebut. 

Namun, impian saya untuk menjadi doktor gigi atau doktor pakar gigi musnah begitu sahaja semalam. Ada sesiapa tak yang boleh membantu saya? Tolonglah, saya bukanlah anak orang kaya dan pendidikan satu-satunya saja yang saya ada.

Apa yang patut saya lakukan sekarang selain dari mengemukakan rayuan? Tunjukkanlah caranya kepada saya. Saya tidak mahu menjadi mangsa sistem kuota. Tolonglah saya, tolong pertimbangkan saya dan bantu saya mendapat contact number individu yang boleh membantu saya. 

Jangan abaikan luahan saya ini, saya cuma ada masa satu minggu saja lagi. Tolong, bantu saya seperti anak anda sendiri. - Msree Saranya 


Kami cuba menghubungi beliau bagi mendapatkan perkembangan terkini, bagaimanapun tiada sebarang maklumbalas yang diberikan. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.