Housemate: 'Di Luar Cantik, Realiti Di Rumah? Pengotor Gile!'


Duduk sebumbung ini, sifirnya mudah saja. Sama-sama. Ya, sebab kita dah duduk serumah, kita berkongsi itu ini. Berkongsi ruang tamu, dapur, bilik, tandas dan sebagainya. Jadi, 'sama-sama' itu amat penting. 

Jangan disebabkan masing-masing membayar sewa masing-masing, maka masing-masing buat hal masing-masing. Kita hidup kena bermasyarakat. Reti? Bermasyarakat yang saya cuba highlightkan ini merujuk kepada 'sama-sama' tadi. 

Begini:

KEBERSIHAN

Kebersihan itu separuh daripada iman. Dah rumah kita sama-sama duduk, jadi apalah sangat kita saling menjaga kebersihan rumah kita. Ini tidak, bakul sampah di dapur dah macam Eiffel Tower tingginya. Baunya tak perlu cakaplah, eeii! Sebelum tong sampah itu penuh, apa salahnya salah seorang pergi ikat dan buang. Takkan nak tunggu dah berulat baru nak buang? Mentang-mentanglah dalam rumah itu banyak penghuni, awak buat 'derk' saja? Sebab awak fikir mesti ada yang akan buangkan? Haishh!

RAMBUT

Rambut, perempuan tahulah macam mana masalah rambut kan? Rambut panjang mengalahkan 'tut' tetapi tak reti nak jaga. Rambut kalau dah panjang dan mudah gugur walaupun guna pelbagai produk syampu, tolonglah sapu rambut-rambut yang bergumpal, bersepah di lantai. Tak suruh pun awak kutip satu persatu. Penyapu kan ada, sapulah. Ini tidak, awak sikat rambut dalam bilik, gugur bergumpal-gumpal seperti bola salji, awak tolak ke luar bilik. Makanya lantai penuh dihiasi seni rambut awak-awak semua. Awak ingat ada cleaner upahan ke di dapur rumah sewa awak tu? 

DAPUR

Dapur tempat kita masak, suasananya haruslah tenang, damai dan mempeseonakan. Ini tidak, awak reti masak tetapi tak reti basuh. Haish! Kuali periuk berisi minyak, awak tinggalkan begitu saja. Perut kenyang suka hati, kita yang tengok pula sakit hati.

Apa salahnya selepas masak awak basuh terus saja kuali, periuk, pinggan mangkuk tingkat awak tu? Boleh tak? Dapur gas pun, tolonglah lap selepas masak. Boleh pula ada kesan sambal, kicap, minyak. Pengotor betul! 

TANDAS! 

Wah! Tanda seru. Ya tandas, tandas kan sama-sama guna. Apalah salahnya bila awak tak ada kelas atau kerja, basuhlah tandas. Membuang reti, tapi nak tolong basuh tak boleh pula? Dahlah nak mengharapkan awak-awak beli air freshner, sabut cuci lantai, cuci tandas, ibarat mengharap sesuatu yang tak pasti. Lantai tandas dah berlumut, awak. Cermin tandas pun dah berkulat. Tak rasa geli ke??

Awak semua cantik bergaya, keluar dari rumah wangi semerbak. Tetapi bab kebersihan dalam rumah, awak semua gagal. Gagal!

RUANG AMPAIAN

Biasanya kalau rumah sewa, ruang ampaian sangatlah terhad. Jadi beragak-agaklah kalau nak menyidai pun. Hari Ahad basuh baju, penuh menghiasi ruang ampaian. Tetapi Sabtu nak masuk Ahad minggu satu lagi, pakaian itu tetap utuh di situ tak berangkat. Awak, rumah kita bukan kedai dobi. Tak ada orang nak tolong angkat dan lipat pakaian awak. Kawan serumah awak yang lain pun ada pakaian nak dibasuh juga. Awak pergi angkat pakaian awak sekarang. 

Awak, biasanya mesin basuh ini ada bunyi bising dia tersendiri. Nak-nak rumah sewa kan. Kondisi mesin basuh kadang-kadang tak mengujakan. Awak, kalau dah jam 11 malam ke atas, tak perlulah pergi 'bermesra' dengan mesin basuh tu. Esok-esok sajalah. Orang lain nak tidur, janganlah ganggu ketenteraman makhluk tuhan yang mahu beristirehat. 

PETI AIS

Boleh tak awak-awak jenguk sikit makanan awak-awak. Sekarang dah 2016, takkanlah peanut butter tahun 2015, susu tahun 2014, sos tahun 2013 awak masih nak buat koleksi? Buanglah! Sayur-sayur awak, sampai ada yang sudah kering kontang, lembik dan layu. Buanglah. Ayam awak di freezer, baling kat gajah pun boleh tergolek makhluk itu. Haish! 

Awak kumpul koleksi makanan yang tak berusik itu sampai peti yang sebesar alam itu menjadi sempit. Tak muat kawan-kawan awak yang lain nak isi koleksi makanan mereka. 

REMOTE TV/KIPAS

Kalau remote tv/kipas tiba-tiba liat nak, benda itu bukannya rosak tetapi tak ada bateri. Ha, sebab sama-sama kan, apalah salahnya awak singgah kedai runcit, awak belikan bateri remote. Takkanlah bateri remote pun awak nak tunggu tuan rumah datang hantarkan? 

Ini tidak, sebab bateri remote dah habis, awak rela menghadap tv itu dengan pandangan yang kosong. Seolah-olah awak tengok rancangan fantasi yang berlatarkan wajah awak. Aduh, awak bosan lalu menapak di bilik dan mengira bilah kipas yang ada sehingga awak tertidur. Tragis!

Apa lagi? Ini saja yang sempat saya fikir. Pesanan saya, semua yang pernah terjadi dalam hidup saya sebagai seorang housemate. Kepada yang pernah berhousemate, betul kan realitinya begini? 

Kepada yang bakal menjadi housemate, tolonglah 'bersama-sama', hidup bermasyarakat. Kepada yang belum pernah menjadi housemate, kalau ada sikap tidak bertanggungjawab seperti ini, tolong berubah sebelum terlambat. - Housemate Awak, IIUM Confessions | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.