Header Ads

  • Terkini

    Recent Posts:

    Ibu Bunuh Bayi, Paksa Makan Sesudu Garam


    SOUTH CAROLINA - Tergamak seorang ibu membunuh bayi perempuannya yang berusia 17 bulan dengan memberinya makan sesudu teh garam. 

    Kimberly Martines, 23, dikatakan memberi bayinya, Peyton Martines, makan garam kerana mahu cuba memenangi kasih sayang suaminya selepas berpisah. 

    "Dia pada dasarnya cuba mendapatkan perhatian dari bekas suami dan mahu lelaki itu kembali kepadanya," kata pendakwa raya Barry Barnette. 

    Tindakan wanita itu membuatkan mangsa dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu. 

    Pemeriksaan doktor mendapati, jumlah garam yang diberi pada mangsa telah menyebabkan mangsa mengalami sawan dan demam panas. Namun, doktor terpaksa menghentikan alat sokongan hayat pada Peyton pada Rabu, sehari selepas mangsa diisytiharkan mati otak. 

    Kimberly ditahan atas pertuduhan mendera kanak-kanak, sebelum ditukar kepada tuduhan membunuh. Jika disabitkan bersalah, Kimberly mungkin berdepan dengan hukuman 20 tahun penjara. - PIXEL MEDIA

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad

    Powered by Blogger.