'Inikah Hasil Rumah RM500K?' - Lelaki Dakwa Rumah Dibina Pemaju Indah Khabar Dari Rupa


JOHOR BAHRU - Bukan mahu memburukkan pemaju, tetapi siapa yang tak marah kalau rumah yang dibeli dengan harga RM500,000 tetapi hasilnya teruk seperti yang didakwa oleh pengadu ini. Lebih malang lagi jika ia merupakan rumah pertama yang dibeli. 


"Jom lihat, bagaimana pemaju buat pagar rumah. Okay, 1, 2, 3! Campak batu, campak simen, campak batu, campak simen! Yearghh! Siap! 5 star builder. Yes!" demikian status yang dimuat naiknya di Facebook  terhadap pemaju berkenaan berserta dengan beberapa gambar bukti bagi menyokong dakwaannya itu. 

Difahamkan, rumah dua tingkat itu berharga hampir RM500,000, mempunyai 5 bilik tidur, 3 bilik air, dan keluasan 22 x 70 serta pegangan bebas.


Menurut pengadu, rumah yang dibelinya di selatan Semenanjung itu telah mendapat CCC atau Sijil Kelayakan Menduduki, namun belum diluluskan oleh Bomba. Justeru menimbulkan persoalan, bagaimana CCC boleh diberikan tanpa pemeriksaan Bomba?


 Gambar kanan: Pili air tidak dapat dibuka
Gambar kiri: batu bata, simen, dicampak begitu sahaja

Plastik minuman air juga turut disumbat dalam binaan 

Piping tak sempurna
Selain dari tiang pagar rumah yang terjejas, bahagian tangga, tandas, bilik mandi, sistem aliran paip balkoni dan pelbagai lagi masalah turut timbul menyebabkan pengadu kecewa dengan tindakan pemaju yang tidak bertanggungjawab. 

Perkongsian pengadu itu telah mendapat 2,000 lebih shares di Facebook dan rata-rata netizen menasihatkan beliau mengambil tindakan undang-undang. 

Orang ramai dinasihatkan berhati-hati bila mahu membeli rumah. Pastikan anda menyemak latar belakang pemaju sebelum membuat keputusan untuk melabur ratusan ribu ringgit. Banyakkan bertanya dan baca tips membeli hartanah di media sosial bagi mengelak diri menjadi mangsa penipuan pemaju yang hanya mementingkan keuntungan. 

Sekali kami ingin menegaskan bahawa post ini tidak berniat jahat terhadap mana-mana pihak. Hanya sekadar berkongsi aduan pengadu di mana nama pengadu dan pemaju telah dirahsiakan. Dan juga dijadikan sebagai panduan/pengajaran kepada orang ramai agar berhati-hati dalam urusan membeli rumah. Harap maklum. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.