'Jam 1 Pagi Awak Sepatutnya Tidur, Bukan Main Pokemon Go!'


Jam satu pagi, seorang pelancong mat saleh tengah berikan nasihat dekat pada seorang remaja yang sedang bermain game Pokemon Go yang trending di dunia.

"Waktu ini, awak perlu pergi tidur. Kalau awak berkelakuan seperti ini di negara saya, peragut akan bawa senjata api dan merampas semua harta awak.

"Kereta awak yang diparkirkan di tepi jalan ini juga boleh menyebabkan kesesakkan jalan. Secara tidak langsung, awak abaikan keselamatan diri di atas jalan raya.

"Pokemon juga adalah kartun kegemaran saya pada waktu kecil tetapi adakah awak fikir yang awak masih kanak-kanak?

"Awak buka GPS supaya orang tahu di mana awak berada. Ini adalah tindakan yang bodoh. Tahu tak yang penjenayah boleh gunakan peluang ini untuk menculik orang? Percayalah, permainan ini sangat berbahaya," katanya. - Daiyan Batrisya | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.