Jangan Bangga Jika Anda Ada OCD


Ramai orang yang saya jumpa berbangga diri bila dia ada OCD. Mungkin dia rasa kehidupannya lebih sempurna atau dia tidak tahu bahawa OCD adalah sejenis penyakit digelar Obsessive Compulsive Disorder. 

OCD ini ada banyak peringkat dan banyak rawatan. Kalau nak tahu betul-betul sama ada memang tergolong dalam golongan ini, anda disarankan jalani ujian, kemudian baru tahu tahap OCD anda di mana dan apa rawatan yang bersesuaian.

Jika di peringkat awal atau jenis ringan, baguslah kerana ia masih dapat dikawal, rumah dan persekitaran anda juga berada dalam keadaan yang sentiasa bersih. 

Namun, jika tidak terkawal dan termasuk dalam kategori teruk, tolong dapatkan rawatan segera. Contohnya adalah, tidak menggunakan sabun buku lebih dari sekali kerana takut kepada kekotoran, basuh pinggan mangkuk berulang kali, tak boleh orang lain gunakan toilet dan sebagainya.

Percayalah  jika OCD ini tidak dirawat, ia boleh menjejaskan kesihatan diri. Paling teruk bila sudah berumah tangga dan ia boleh menyebabkan cerai berai. Kalau dah dapat zuriat nanti pun tak gembira dan berakhir dengan tekanan jiwa kerana tidak mampu handle nature kanak-kanak. 

Bagaimana nak mengatasi? 

Dulu, saya juga pernah termasuk dalam kategori ini. Sejak masuk menengah atas, walaupun sibuk gila di asrama, saya akan basuh baju setiap hari tak kira cuaca atau masa. Kemudian semakin menjadi-jadi. Lipatan baju mesti sama dan mengikut tona warna. Sepit baju mesti sama dengan warna baju yang disidai. Baju semua dicuci dengan tangan di sinki sebelum masuk mesin basuh. 

Banyak lagi tetapi cukuplah saya cerita bagaimana saya mula merawat diri sendiri selepas berkahwin dan ada anak, sebab saya nampak banyak pula keburukannya di pihak saya. 

Antara langkah awal yang saya lakukan adalah menyelerakkan pensel warna dan masukkan semula dalam kotak tanpa mengikut urutan warna. Memang akan menyakitkan hati. Bagai nak gila melihatnya tetapi saya kuatkan diri, buat bodoh saja. 

Itu ujian pertama, selepas itu hanger baju yang digantung itu saya campur adukkan warnanya. Dulu mesti putih untuk tudung, kayu untuk jubah dan baju kurung, pink untuk blouse. Pejam mata, buat saja ikut suka. 

Kemudian, kalau ada angle susunan yang tidak sempurna, saya buat bodoh juga. Lama kelamaan menjadi semakin baik dan sekarang saya boleh buat biasa danlepas ada tiga orang anak ini, saya dah tak pedulikan itu semua. Hahaha!

Saya bahagia, keluarga bahagia, anak lebih kurang kena jerit dan saya dapat buat banyak kerja lain selain mengemas. Walaupun rumah bersepah dan saya tak dapat sempurna seperti dulu, tetapi seriously kami bahagia dan gembira. Cubalah, baru tahu. 

Kita boleh melatih diri untuk mengawal dan berpada-pada. Kebiasaannya bila mendatangkan mudarat pada diri sendiri atau keluarga, kena mula cari jalan penyelesaian.

Ada orang selepas berkahwin, belajar bertolak ansur. Ada orang dah kahwin pun dapat pasangan ala-ala OCD juga, jadi tak adalah masalah. Ada orang selepas ada anak, baru belajar. Ikut keadaan dan individu. Ditegaskan, selagi tidak memudaratkan dan boleh menerimanya, if's fine. 

Yang menjadi masalah adalah kalau ada perkara seperti ini yang menimbulkan pergaduhan besar, masam muka, menjerit-jerit pada anak, pukul anak, stress tak menentu, asyik mengamuk, moody, marah, rasa inferior, rasa letih melampau, itu semua masalah. Tak kiralah OCD atau cerewet, rumah tangga takkan bahagia. 

Jangan biarkan penyakit yang boleh dirawat tidak dirawat. Jangan biarkan orang lain yang menghukum kita, kita cari jalan penyelesaiannya. All the best! - Salwa Mohd Saleh | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.