Jangan Guna Wet Tissue Bersihkan Najis Bayi


Ini anak lelaki saya yang pertama, berusia 2 bulan 9 hari. Anak saya ditahan di wad sudah dua hari kerana kencing kotor berpunca dari wet tissue. 


"Doktor, macam mana anak saya terkena kencing kotor? Adakah ia berpunca pada semasa saya mengandungkan dia ke? Sebab semasa saya mengandungkan dia, saya ada kencing kotor sekali tetapi tak ada makan ubat. Kemudian appointment yang seterusnya dah tak ada kencing kotor," saya jelaskan kepada doktor. 

"Bukan puan, sebenarnya ia berpunca dari ibu-ibu menggunakan wet tissue semasa membersihkan najis bayi." jawab doktor. 

"Wet tissue?? Wet tissue bukan ke memang khas untuk bayi? Maaf ye, bagi saya macam tak masuk akal saja. Saya siap guna wet tissue jenis untuk kulit sensitif dan ada vitamin E serta Aloe Vera lagi. Takkanlah itu puncanya?" tegas saya.

"Ye puan, memang kedengaran seperti tidak masuk akal. Tetapi itulah hakikatnya dan kesilapan ibu-ibu kita sekarang. Kes seperti ini jarang berlaku sebab ia bergantung kepada antibodi bayi dan sejak umur berapa mengunakan wet tissue itu. 

"Wet tissue ini tak elok sebenarnya kerana:
  1. Wet tissue mengandungi banyak bahan kimia
  2. Kita tidak tahu sama ada wet tissue ini bersih atau tidak kerana ia dibuat dari kilang. Kita tak tahu bagaimana proses membuat wet tissue ini.
  3. Dan puan juga boleh tengok pada tarikh MFG dan tarikh luputnya. Contoh, kalau ia dibuat pada tahun 2016, tetapi tahan sehingga 2019, jadi kuman yang ada pada wet tissue itu kita tidak tahu berapa banyak yang terdedah di kilang semasa mereka packaging tissue ini. Jadi, kuman yang ada sudah terperap lama sangat pada tissue itu dan dipindahkan kepada bayi semasa penggunaannya.
"Kes seperti ini memang jarang didengar tetapi jika puan gunakan wet tissue semasa membersihkan najis bayi memang sangat tidak bagus kerana kuman tidak akan hilang pada kemaluan bayi.

"Ya, memang di pandangan puan nampak bersih bila najis sudah tiada tetapi kuman masih ada. Selepas itu puan pakaikan pampers pada bayi dan kuman dari wet tissue dan kuman najis terperap di pampers baru bayi itu. Jadi bila bayi kencing, kuman itu boleh merebak dalam kemaluan bayi. Sebab bila pampers sudah penuhm baru puan tukar. 

"Sebenarnya tak bagus juga pakai pampers ini. Sebab itu orang dulu-dulu pakaikan lampin dan cuci najis bayi dengan air yang mengalir. Bukan saya kata pampers tak boleh pakai, masih boleh dipakai tetapi kena basuhlah kemaluan bayi setiap kali tukar pampers. Kalau tak dicuci dengan air mengalir, itulah punca bayi terkena kencing kotor. 

"Nak lebih bagus, cuci dengan sabun. Sedangkan kita yang dewasa ini pun cuci bila kencing dan buang air besar. Bayi pun sama juga sebenarnya, kena cuci begitu juga. Tetapi ramai ibu yang mengambil mudah tentang perkara ini, sebab itu bayi mereka terkena kencing kotor.

"Nak guna wet tissue boleh tetapi bukan pada kemaluan bayi ye puan. Sebabnya bayi sensitif dan antibodinya masih belum matang seperti orang dewasa. Seelok-eloknya cucilah dengan air yang mengalir berbanding menggunakan wet tissue. 

"Kalau bayi terkena kencing kotor lambat dirawat, ia boleh menyebabkan buang pinggang bayi rosak. Kita penat angkat bayi setiap kali nak cuci najis tak mengapa sebab bayi masih di depan mata. Jangan kita penat menanggung rindu bila dia sudah tiada. Nanti kita tak boleh memaafkan diri kita di atas kesilapan yang kita nampak remeh. Yang remeh itulah boleh menjadi serius.

"Ajal memang di tangan tuhan, tetapi kita sayangkan anak mesti kita nak anak sihat dan yang terbaik untuk dia. Mencegah lebih baik dari merawat," jelas doktor panjang lebar.

Doakan anak saya membesar dengan sihat dan cepat sembuh ya. - Info Ibu Hamil | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.