'Jangan Kecam Mereka (Petugas) Dapat 'Title 'Haji' Secara Free'


Tahun 2013 saya berpeluang memasuki saf petugas. Tapi saya menyarung jaket bertanda hijau bermakna untuk syarikat Tabung Haji Travel sementara yang ramai ialah petugas haji muassasah yang bertanda nama putih. Tiada beza sebenarnya antara putih atau tanda nama hijau seperti di dalam gambar ini. Once sarung jaket ini sahaja, semua orang akan mencari kita. Walaupun tugas rasmi saya untuk ambil gambar VVIP dan VIP yang menyertai beberapa pakej tertentu namun itu hanya salah satu dari tugasan.

Saya menulis artikel ini kerana komen salah seorang dari pemberi komen dalam artikel saya yang lepas tentang Haji itu JEMPUTAN ALLAH dan tidak berpuas hati seperti melihat petugas-petugas yang bekerja di Tabung Haji telah pun bergelar Haji walaupun masih muda hanya kerana menjadi petugas.

Berikut saya senaraikan tugas-tugas petugas dan cabarannya yang mungkin buat korang akan fikir kembali "Kena bayar pun redho sahajalah".

1. Berjalan kaki antara 10-20 km sehari kerana kerja petugas memerlukan pergerakan dari satu kawasan ke satu kawasan. Ini tidak termasuk jarak perjalanan semasa di Mina, Mudzallifah dan Arafah.

2. Tidur kurang dari 4 jam sehari dan itu pun kalau nak kumpul 4 jam straight tidur pun susah kerana staff petugas sangat terhad. Tidak kira staff untuk pakej mahupun staff untuk muassasah walaupun telah dibantu oleh staff tempatan.

3. Bila sarung jaket ini sahaja, tunggulah dalam 5-10 minit akan ada jemaah tanya jalan, jemaah tua sesat, jemaah sakit datang mengadu dan juga jemaah-jemaah dari Indonesia yang dah kenal kita ialah petugas yang boleh berbahasa Melayu. 

Di sana kita ada tugas khusus membantu jemaah haji Malaysia namun jika ada keperluan dan ketika itu kita tiada engagement mana-mana bantuan, wajib juga kita bantu walaupun mereka dari Indonesia, Turki, Nigeria, Zimbabwe, India atau mana-mana negara sekalipun kerana PASSPORT KITA SEMUANYA ISLAM. 

Pada ketika itu, bantuan mesti diberikan walaupun terpaksa kita berjalan menghantar mereka ke hotel mereka yang sejauh 2km dari masjid atau sehingga berjumpa dan pass jemaah bermasalah kepada petugas mereka.

4. Walaupun engkau bukan doktor, tapi bila sarung baju ni sahaja jemaah expect engkau mampu selesai pelbagai masalah termasuk masalah kesihatan, jemaah pitam, jemaah miss dialisis sampailah ke peringkat selipar hilang juga mereka akan cari kita. Tak boleh marah nanti kena dam.

5. Bila waktu makan kadangkala kita akan dapat bahagian terakhir makanan selepas jemaah semua selesai. Semasa mereka makan, kita sibuk uruskan urusan mereka semasa mereka dah mula ke masjid atau dan tidur masa tu kalau nak makan kadangkala tak tinggal apa. Terpaksa pula menapak ke kedai beli makan alas perut. Itu pun kalau masa nak beli makanan tak kena roadblock dengan jemaah bermasalah.

6. Jaket ini jaket keramat. Petugas diwajibkan pakai walaupun ada yang semasa berehat mereka tidak pakai. Tetapi urusan petugas kerjanya ialah SEPANJANG MUSIM HAJI bukan ada cuti atau rehat sangat. Jika semasa tidur ada orang perlukan bantuan, bingkas bangkit tak ada alasan (ada juga orang yang silent handphone tapi kena insafi diri ada kemungkinan panggilan telefon itu mampu selamatkan 1 nyawa).

7. Sanggup nak papah jemaah bermasalah kesihatan atau ke peringkat menggendong mereka untuk sampai tiba ke check point bantuan? Bayangkan ada jemaah pitam semasa melontar adakah kita sanggup merisikokan diri kita untuk selamatkan mangsa sehingga kita juga boleh dipijak dan menjadi mangsa dan ketika itu jika perlu digendong akan digendong di belakang sehingga team paramedik tiba ke lokasi. Belum lagi nak cerita menguruskan jenazah yang hancur dan hangus dan berurusan dengan waris mereka.

8. Sanggup tak kita menahan sabar dengan segala kerenah, komplen dan macam-macam termasuk sebahagian yang memang suka maki hamun atau menghambur kata-kata yang lembut tapi sarcastic atau ‪#‎deep‬ sangat dan kita cuma boleh senyum sahaja.

9. Sanggup tak semasa kita menjalankan tugas sampai tak sempat langsung nak bershopping abaya untuk isteri atau petugas wanita tak sempat nak belikan jubah atau kepiah untuk suami akhirnya dah hujung-hujung jemaah semua dah balik baru ada masa nak membeli tapi ketika itu kedai pula semua dah mula tutup especially selepas wukuf bila orang beransur-ansur meninggalkan Mekah ke Madinah atau pulang.

10. Sanggup tak lihat kawan baik sendiri atau keluarga pergi haji sekali dengan kita jadi petugas tetapi sepanjang mengerjakan haji tu kita cuma jumpa dia semasa dalam kapal terbang sahaja lepas tu hilang terus dan dia nak jumpa kita pun tak sempat. Bila pakai jaket ini, jangan haraplah kita boleh santai-santai minum di Assafwa sampai 1 gelas teh tarik Felda sampai 2 jam menyembang. Jangan harap. Baru nak hirup hirupan pertama dah akan ada orang datang minta bantuan.

11. Kau akan rasa macam artis sikit di sana. Neelofa kalau pergi haji pun orang akan datang selfie sahaja tapi dia less wanted berbanding petugas haji yang asal nampak kelibat jaket Tabung Haji sahaja mula ramai orang datang minta bantuan.

12. Kalau rasa kedekut jangan jadi petugas haji. Rasanya upah saya jadi petugas haji habis kepada bantu orang. Orang yang kena pick-pocket, ada orang yang nak buat urgent call pinjam telefon sampai kredit laju jer habis dan banyak lagi. Tak perlu nak menyesal sangat, di situ tak perlu nak berkira sangat kena percaya rezeki dari Allah. 

Dalam peristiwa tahun 2013 ada seorang jemaah VIP yang saya cover tertinggal tunai sekitar 20,000 Saudi Riyal dalam peti besi hotel. Dah ketika itu dia dalam perjalanan pulang bila ditelefon dia cuma jawab, 

"Takpe dik, tak ada rezeki saya. Saya sedekahlah kepada petugas-petugas semua". 

Bila di bahagi-bahagi sesama petugas tak besar manapun 20,000 itu tapi seronok jugalah dapat jamu semua makan-makan sikit.

13. Jadi petugas bukan untuk haji free semata-mata seperti yang orang lain pandang TETAPI berjuang sedaya upaya untuk membantu orang lain mendapatkan haji walaupun ada kes petugas hampir miss wukuf disebabkan attend orang sakit. Ingat, jika miss wukuf bermakna tiadalah haji.

14. Banyak lagi kalau saya sambung mungkin orang akan mengeluh panjang sangat nak baca.

Seruan saya, hormati dan sayangi petugas haji anda di sana. Bagi orang di Malaysia, jangan mengecam mereka dapat haji FREE kerana pada saya petugas tidak dapat haji FREE tetapi mereka membayarnya bukan dengan RM tetapi mereka bayarnya dengan pengorbanan. Semasa jemaah mampu melayani tahajjud dengan tenang sekali, mereka bekerja tanpa henti bagi memastikan ketenangan tahajjud kamu itu dan kelicinan proses haji.

Ada orang pesan, jika nak beri sedekah di Mekah dan Madinah cuba cari orang-orang yang bekerja sebagai cleaner di sana. Bagi saya, titipkan sedikit juga untuk sebahagian petugas yang membuatkan perjalanan haji kita lebih lancar. Mereka tidak meminta-minta dan juga tidak mengharap tetapi as a gesture of appreciation, why not. Mereka juga sebahagiannya akan kembalikan wang itu kepada jemaah lain yang memerlukan. Yang beri kepada petugas dapat pahalanya, yang petugas kembalikan kepada jemaah dalam bentuk yang lain juga satu pahala lain. Ini baru betul pahala bertingkek-tingkek.

Semoga penulisan ini mampu mengubah persepsi umum kepada petugas-petugas haji yang saban tahun asyik kena label dapat "haji FREE". Elok share kepada semua jemaah haji tahun ini supaya mereka lebih menghargai petugas. Kerana mereka ada dan berfungsi menyebabkan kelancaran urusan haji orang lain tetapi mereka orang di sebalik tabir yang jarang dihargai. Kita cuma terasa mereka bermakna sekiranya mereka tiada.

Selamat menunaikan fardhu haji kepada semua duyufurrahman. Semoga mendapat haji yang mabrur. - Bekas Petugas Haji, Saiful Nang 

No comments

Powered by Blogger.