Ketahui 6 Point Penting Ini Sebelum Pilih Bank Terbaik Untuk Pembiayaan Rumah


"Bank apa yang paling bagus untuk beli rumah? Saya nak yang beri interest paling rendah tau." 

Soalan hang tu, umum sangatlah dik oi! Lagi satu, orang pilih home financing bukan tengok bank profit/interest yang paling rendah saja, ada banyak lagi faktor lain yang anda perlu tahu. 

Mengikut pengalaman, saya akan menghantar lebih daripada dua permohonan kepada bank yang berbeza. Risau berharap pada satu bank sahaja. Kalau tak lepas bank A, ada back up pula daripada bank B, C, D dan seterusnya.

Selain itu, tujuannya agar saya dapat memilih bank yang menawarkan pakej terbaik pembiayaan yang sesuai untuk rumah kita. Ada lagi faktor-faktor yang lain, tetapi dah dapat enam faktor ini pun sudah cukuplah. 

1. Tempoh Pembiayaan Maksimum

Kalau muda-muda boleh dapat tempoh pembiayaan maksimum 35 tahun, pilih yang maksimum agar bayaran bulanan menjadi rendah. Kadar sewa nanti, boleh cover bayaran balik bulanan dan dapat aliran tunai positif. Inilah salah satu sebab yang memotivasikan saya untuk membeli rumah banyak-banyak di kala usia masih remaja. Kalau umur dah 40 tahun, dapat 30 tahun saja pembiayaan. 70 - 40 = 30. 

2. Kadar Keuntungan Bank Terendah

Lagi rendah keuntungan bank, lagi baguslah sebab bayar bulanan mesti lebih rendah. Ada bank yang menggunakan kiraan 'lebih mahal harga rumah, lebih rendah keuntungan bank'. Tetapi masih mengambil kira skoring dari banker. Kalau kita dikategorikan sebagai high risk applicant, besar kemungkinan kadar keuntungan bank itu akan tinggi juga.

3. Tiada Lock In Period

Biasanya pembiayaan Islamik memang tiada lock in period. Jadi, tiada halangan dari pihak bank untuk kita menjual semula rumah kita pada bila-bila masa. Contohnya kalau kita ambil yang 5 tahun lock in period, jadi kita tak boleh jual rumah kita dalam tempoh masa tersebut melainkan kita rela membayar penalti kepada pihak bank. No lock ini period sesuai untuk flipper. Kalau nak duduk sendiri rumah itu, tak payah kisah sangatlah. 

4. Fleksibel

Fleksibel yang paling best sebab bila-bila masa kita ada duit lebih, kita boleh buat bayaran lebih kepada pihak bank untuk memendekkan tempoh pembiayaan. Kalau jenis term, hanya boleh diselesaikan dengan full settlement sahaja. Kalau setiap bulan anda bayar lebih daripada jumlah sebenar sekali pun, ia hanya dikira sebagai advance payment. Selain itu, wujud juga yang jenis separa fleksibel. 

5. Margin Pembiayaan Maksimum

Untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua, biasanya bank akan beri 90% margin of financing (MOF), lagi 10% perlu disediakan sendirilah. Tetapi masih bergantung kepada skoring tahap kewangan kita. 

Kalau kita high risk apllicant, mungkin hanya dapat 80% atau mungkin permohonan ditolak. Untuk pembiayaan rumah ketiga dan berikutnya bank akan bagi 70% MOF sahaja. Harap maklum. Pembeli rumah pertama boleh mencuba nasib untuk mendapatkan 100% MOF. 

6. Pembiayaan Islamik

Tidak perlu dipertikaikan lagi, kita sebagai orang Islam mesti mengambil pembiayaan Islamiklah berbanding pinjaman konvensional sebab kita kan orang Islam. Sebaik mungkin, jika ada pilihan kita perlu pilih yang patuh syariah. Kalau bab makanan, kita boleh pilih yang halal, kenapa tidak masa nak beli rumah kan? Wajib tau, jangan mengelat!

Sejujurnya memang sukar nak mendapatkan pakej yang menepati semua 6 point di atas. Kalau tak dapat semua, dapat menepati beberapa point pun jadilah. Sama seperti nak memilih pasangan, kalau boleh semua nak ciri-ciri yang top-top. Nak yang cantik, kaya, berpelajaran tinggi, banyak rumah, pandai masak, ada sifat keibuan. 

Tetapi akhirnya kita akan memilih yang paling setia juga sebab yang tidak setia itu tak kekal lama. Lagipun bila kita cermin diri sendiri, kita tidak layan pun mendapat ciri top-top itu sebab kita sendiri tak top sangat pun. Hahaha! - Harith Faisal | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.