Lebihkan Ibu Mertua Kerana Kasih Ibu Orang Harus 'Dibeli'


Petang tadi, saya pergi shopping kain di Nagoya. Saya pilihlah kain seorang diri, sementara suami berada di pintu Nagoya, buat kerja melalui telefonnya. 

Semasa nak buat pembayaran, suami datang ke kaunter. Dia tengok banyak kain yang saya beli. Lalu dia bertanya. 

"Kenapa asing-asingkan kain ini?" soalnya. 

"5 untuk saya, 3 untuk mak abang, 1 untuk mak saya dan lain-lain lagi," jawab saya. 

Serta merta saya ternampak air mata suami berlinangan. Bila dia perasan saya tengok dia touching, dia sengih sambil mengelap air mata. 

"Relakslah, abang macam tak biasa pula," pegang tangan suami. 

Sebenarnya saya juga cuba mengawal diri bila ternampak suami sebak. Saya tahu yang suami nampak bahawa saya tidak pernah melupakan ibunya. Dia tahu saya juga selalu melebihkan ibunya dari ibu saya sendiri. Dia juga sedar saya buat semua itu ikhlas dari lubuk hati, bukan kerana dia yang suruh. Dia tak pernah suruh saya buat semua itu, tetapi saya sendiri yang rela hati. 

Kenapa saya melebihkan ibu mertua daripada ibu sendiri? kerana itu pesan ibu saya berkali-kali. 

"Lebihkan ibu mertua kerana kasih ibu kandung tidak perlu diragui tetapi kasih ibu orang harus 'dibeli'," kata ibu. 

Tetapi saya masih juga beri ibu duit setiap bulan. Lagi pun ibu saya masih boleh pergi shopping berbanding ibu mertua yang sudah uzur. 

Semasa keluar dari Nagoya, suami pegang tangan saya. Kemas dia mengenggam dan dia diam sahaja. Saya tahu hati dia tersentuh sangat-sangat. 

Jadi kepada adik-adik sekalian, belilah hati mertua. InshaAllah anda akan dapat FOC hati suami anda. Walaupun hati ibu mertua anda super busuk, pejam mata belilah juga sebab itu talian hayat yang besar untuk menawan hati suami anda. InshaAllah. - KRT | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.