'Letak Hantaran Tinggi, Tetapi Pemalas' - Gadis Tegur Golongan Menantu Buat Ibu Mertua Macam Orang Gaji

Gambar hiasan

Saya pelajar IPTA, bukan dari UIA. Nak bagi nasihat sikit pada gadis-gadis di luar sana yang galak sangat nak berkahwin. 

Awak dah betul-betul bersedia atau belum nak berkahwin? Minta hantaran sampai RM12,000-RM15,000 tapi habuk apa tak reti buat. 

Abang-abang saya sudah berkahwin, saya tengok kakak ipar saya seorang pun tak ada yang mahu menolong mengemas rumah ke, tolong menolong di dapur ke, memang tak ada. Mereka cuma datang ke rumah ini, duduk saja, goyang kaki di ruang tamu, pasang aircond. 

Sehari sebelum datang dah request nak makan macam-macam dan buat mak mertua macam orang gaji. Saya jugalah yang kena menolong mak memasak di dapur dan menjamu mereka anak beranak makan. 

Yang lawaknya, bila makanan sudah siap, terus masuk ke dapur, senduk nasi tanpa sebarang rasa bersalah. Kalau yang sudah beranak pinak itu lagilah. Tiap-tiap tahun beranak memang duk tilik anak saja 24/7. Anak dah boleh berjalan, belari pun duk tilik juga anak. Punyalah pemalas nak masuk ke dapur. 

Saya kasihan pada mak walaupun mak bukan jenis bising depan-depan sebab mahu menjaga hati menanti. Tetapi saya tahu mak geram sebab mak pernah cakap, 

"Hantaran letak tinggi-tinggi, telur mata pun laki gorengkan," 

Tolonglah gadis-gadis sekalian. Bila awak semua berkahwin, awak juga berkahwin dengan keluarga lelaki itu. Awak bukan permaisuri yang mak mertua kena tatang tapi apa benda semua tak tahu dan tak reti nak buat. Tolong belajar cara untuk bergaul dengan mak mertua, belajar cara untuk mengambil hati mak mertua. Bukan belajar cara untuk menjadikan mak mertua sebagai orang gaji. 

Agaknya di rumah sendiri pun melayan mak kandung seperti orang gaji juga? Malang sungguh ibumu, sadis sungguh hidupmu. 

Kalau tak pandai memasak tak mengapa, tapi rajinkan diri masuk dapur, tolong potong sayur ke, kupas bawang ke. Takkan perkara seperti ini pun tak reti? Saya kasihan pada mak yang beria memasak makanan kegemaran mereka tetapi mereka ada kasihan pada mak? 

Masa nak kahwin, beria-ria suruh masuk meminang, letak hantaran setinggi KLCC tetapi persiapa apa langsung tak ada. Gegirls yang dah galak sangat nak kahwin itu, siapkan diri dulu. Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau dapat mak mertua seperti mak saya, memang bahagia 10 keturunan. Tetapi kalau dapat mak mertua macam singa, apa awak ingat awak boleh bahagia duduk saja? Sehari sebelum balik dari rumah mertua dah demam agaknya. 

Kepada lelaki-lelaki di luar sana, tolonglah. Sebelum berkahwin, selidiklah betul-betul perangai calon awak itu bagaimana. Jangan hanya tengok pada penampilan luaran mereka sahaja, itu satu penipuan! Tudung labuh ke tudung singkat ke, tak pakai tudung ke, itu semua penampilan. Kalau awak tak kisah hari-hari nak makan, go for it! Cinta punya pasallah katakan. - Anak Gadis Mak, IIUM Confessions | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.