'Memang Bertuah Dapat Isteri Cantik, Selalu Dipuji Orang Tetapi...'


Aku: "Kau apa cerita sekarang?"

Member: "Dah kahwin dua tahun dah. Kau?"

Aku: "Aku masih membongak membujang. Hahaha."

Member: "Nikah-nikahlah. Kasihan anak kau nanti. Kau dah tua nak K.O, dia baru Darjah 1. Kurang kasih sayang bapa nanti," 

Aku: "Best ke kahwin?"

Member: "Bergantung pada siapa yang kau pilihlah,"

Aku: "Err.. maksud kau?"

Member: "Aku cakap directlah, boleh?"

Aku: "Sila.. sila.."

Member: "Kau kenal aku kan, kau tahu aku macam mana. Orang kata aku Playboy. Orang kata aku Kasanova sebab rupa aku ini. Iyelah, aku cerewet. Nak kenal perempuan yang lawa-lawa saja. Model tak model, janji dahi licin. Ramai dah yang aku kenal dan orang rumah aku pun Alhamdulillah cun melecun. 

"Memang best dapat perempuan cun. Bila bawa keluar dating, banyak mata yang yang memandang. Ramai yang puji aku bertuah sebab dapat isteri lawa. Orang kata, nanti anak-anak semua comel-comel sebab ibu bapanya dah ada rupa.

"Tapi mereka tak tahu yang setiap bulan aku habiskan berapa hanya untuk mengekalkan kecantikan isteri aku itu. Beribu riban. Dari alat make up, supplements, skincare dari hujung rambut ke hujung kaki, pakaian up-to-date, vogue dan fashionista bagai semua itu. Bayangkan kalau gaji aku RM2,000 ke bawah? Teruk jugalah. High maintenance, macam jaga kereta tetapi kereta pun tak macam ini. 

"Jadi aku cadangkan kau pilihlah perempuan yang solehah kalau boleh." 

Aku: "Kenapa? Sebab aku tak bergaji besar macam kau ke, so aku tak boleh afford?" 

Member: "Bukan sebab kemampuan gaji tetapi itu pun satu faktor juga. Apa yang lebih susah untuk diatasi adalah sikap dan perangai. Bro, kau kenal aku tak adalah alim sangat. Agama pun so-so sajalah. Kau tahu betapa sukarnya nak suruh isteri aku sendiri berhenti atau kurangkan muat naik gambar-gambar sendiri di Instagram dan Facebook? 

"Orang lawa ini, dia memang suka expose diri. Aku dah cuba slow-talk tetapi mungkin makan masa lama lagilah. Sebab manusia suka dipuji. Aku pun suka bila orang asyik memuji isteri aku cantik. Memang aku tahu dayus macam itu tetapi susahlah nak buang sikap sendiri. 

"Isteri aku pun ada perangainya sendiri. Kadang-kadang melawan, kadang-kadang tinggi suara, marah, merajuk melampau-lampau. Kadang-kadang dia melebihkan penjagaan dirinya melebihi menjaga suami sendiri. 

"Upgrade kecantikan saja yang dia tahu. Upgrade skill memasak ke, menjahit ke, tak berapa suka. Nanti tangan jadi kasarlah apalah. Susah sebab aku kurang ilmu agama untuk didik orang ke arah agama. Baru sekarang aku faham. Dulu aku ingat kerja mendidik isteri ini mudah saja. Hanya perlu bersikap tegas, perlu tengking, ugut nak menikah lagi seorang ke, tetapi meleset beb.

"Aku mahukan kecantikan, aku dah dapat. Tetapi ketenangan dalam hati itu susah sikitlah. Nak tenang macam mana kalau asyik nak cemburu buta saja bila lelaki lain usyar isteri sendiri. Nak suruh dia tutup aurat lengan dan kaki pun masih tak berjaya. Apatah lagi nak suruh labuhkan tudung? Bukan mudah rupanya nak didik tutup aurat."

Aku: "Hmmm....."

Member: "Jadi kesimpulannya, kau fokus pada yang solehah. Buat apa untung di dunia macam aku tetapi rugi di akhirat? Cari yang menguntungkan kau di dunia dan akhirat.

"Fikirlah dalam-dalam. Sekarang aku gigih menimba ilmu semula. Baca sendiri buku-buku agama sebab nak mendidik isteri. Kau jadikan cerita aku sebagai iktibar. Bukan mudah hidup bekeluarga. Banyak till nereka dari till jannah bila salah cara. Think wisely. - Facebook | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.