Minum Minyak Kelapa Dara Takkan Memudahkan Proses Bersalin


Dari laman KRT

Assalamualaikum. Semalam saya sempat terbaca post tentang doktor marah tentang minum minyak kelapa dara untuk ibu-ibu mengandung. 

Saya sebagai staff nurse banyak pengalaman tentang ini. Minum minyak kelapa dara ini sebenarnya tidak akan memudahkan proses bersalin. Wahai para ibu di luar sana, janganlah mudah percaya iklan-iklan atau cakap orang. Saya ada pengalaman sendiri, bukan sebab dia itu doktor dan semua dialah saja yang benar. 

Okay, ramai ibu-ibu yang mengandung itu percaya benda-benda 'stupid' seperti ini. Fikirlah wahai ibu, cara kamu itu adalah satu kebodohan yang teramat sangat. Kamu membahayakan kesihatan anak kamu yang ada dalam rahim. Minum minyak kelapa dara hanya akan melambatkan proses pengecutan rahim anda sendiri. 

Selain itu, ia akan melemahkan tulang-tulang bayi dan besar kemungkinan akan mengalami pendarahan teruk. Kesan paling teruk adalah pada tulang bayi dan berkemungkinan bayi mudah mendapat jangkitan. 

Tolong jangan mudah sangat percaya pada petua-petua 'tidak cerdik' yang akan membuatkan anda menyesal. Kesannya akan anda lihat apabila anak sudah membesar kelak. Hal ini sudah terbukti. 

Lumrah sakit melahirkan anak itu memang ada. Jangan pendek akal, jangan salahkan doktor bila sesuatu hal buruk berlaku. Jika mahu mudah bersalin, sebulan sebelum bersalin, kerapkan minum air kelapa. Apabila sudah ada tanda-tanda mahu bersalin, minumlah air kelapa sahaja. Bukan minyak kelapa darah. 

Bayi mudah mendapat jaundis (penyakit kuning), sesak nafas, jangkitan paru-paru dan buah pinggang. Begitu juga kepada si ibu yang berpotensi mendapat risiko. Lebih baik elakkan, banyakkan berdoa dan serahkan kepada Allah. InshaAllah semuanya baik-baik. 

Ramai ibu yang tidak tahu akan hal ini. Baiklah, ini saja yang saya mahu kongsikan kepada para ibu. Harap bermanfaat kepada para ibu. Kepada yang tidak bersetuju, abaikan saja. Tetapi jika sesuatu terjadi, jangan salahkan sesiapa.

Doktor juga selalu berpesan kepada kami untuk menyampaikan kepada para ibu mengandung. Terima kasih kerana sudi siarkan perkongsian saya yang juga ibu kepada lima orang anak. - KRT | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.