'Orang Terjun, Kau Pun Nak Terjun...'


CHINA - Umum tahu China melahir ramai atlet terjun bertaraf dunia dan meraih banyak pingat emas di temasya Sukan Olimpik Rio di Brazil. 

Lapor Shanghaiist, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dari Jiangxi menyangka dia mempunyai bakat untuk menjadi penerjun Olimpik, lalu membuat satu video untuk ditunjukkan kepada dunia. 


Dia memilih untuk terjun dari platform 'Jambatan Xinjiang' dengan ketinggian 25 meter, dua kali ganda dari ketinggian platform tertinggi Olimpik. 

Malangnya, ia tidak berakhir dengan kemenangan meraih pingat emas. Sebaliknya dia terpaksa dikejarkan ke hospital. 


Terjunan yang diakhiri dengan pendaratan yang tidak sempurna itu menyebabkan dia mengalami keretakan kecil di bahagian tulang belakang dan kecederaan di bahagian paru-paru. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.