Pakai Safety Harness Untuk Keselamatan Anak, Bukan Buat Mereka Seperti Anjing


Sejak kes arwah adik Nurin Jazlin, saya perhatikan di sekeliling perumahan saya, masih ramai ibu bapa yang membiarkan anak bersendirian di luar tanpa sebarang pengawasan. 

Semua anak-anak dalam lingkungan 2-5 tahun dibiarkan berkeliaran tepi jalan, depan rumah, ibu bapanya entah ke mana. Budak sekolah rendah Darjah 1 berjalan kaki heret beg sekolah seorang diri balik ke rumah nun jauh entah di mana. 

Di surau atau masjid ibu bapa khusyuk mengerjakan solat, anak-anak kecil pula bermain di parkir masjid. Di shopping mall tak payah ceritalah, ibu bapa sedang asyik menangkap pokemon, anak-anak di belakang tak dihiraukan. 

Tetapi bila dah ada ibu bapa yang mengamalkan tali safety harness demi keselamatan anak-anak, ada pula netizen yang jakun bangang haram jadah memandang sinis terhadap ibu bapa kanak-kanak tersebut. 

Kononnya ibu bapa berkenaan melayan anak mereka umpama sekor anjing. Sedangkan safety harness itu inovasi dari negara maju Jepun bagi mengelakkan anak-anak kecil hilang ketika berjalan bersama ibu bapa di luar. Bila agaknya mereka nak dapat kesedaran? - Hasbuljalil Raja Langkasuka | PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.