'Pasal Apa Clamp Sedangkan Isteri Saya Ada Kat Depan?'


SUBANG JAYA - Berang tayar kereta dikunci, pelakon/pelawak Senario, Lan Pet Pet atau nama sebenar, Mazlan Ahmad, 47,  bertekak dengan beberapa pegawai Majlis Perbandaran Subang Jaya, baru-baru ini. 

Video viral yang dirakam oleh pegawai penguatkuasa MPSJ itu sendiri, di muat naik oleh Kimitv, telah ditonton 1.2 juta pengguna Facebook dan mendapat 18,852 shares. 

Berdasarkan video, Mazlan kecewa dengan tindakan anggota penguatkuasa MPSJ mengunci tayar keretanya yang diparkirkan sementara di tepi jalan garisan putih, walaupun isterinya berada di dalam kereta tersebut. 

Anggota terbabit tetap bertegas bahawa mana-mana kereta tetap tidak boleh diletakkan di tepi jalan kawasan berkenaan. 

Rakaman video itu terhenti apabila Mazlan menyedari tindakan pegawai terbabit. 

Difahamkan kes itu telah diselesaikan dengan cara baik. 

Sementara itu di media sosial, netizen memuji tindakan Mazlan yang masih cuba berbudi bahasa dan tidak menyerang anggota penguatkuasa MPSJ. 

"Walaupun dia sedang marah tetapi dia masih mengekalkan budi bahasa dengan panggilan 'saya, awak'. Dan saya respect dia tak menggunakan kekerasan." kata Panda Chomel. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.