Pentadbiran Najib Lebih Rapat Dengan Washington Berbanding Mahathir, Dingin

Foto Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas dasar luar era Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggap hanya meraih populariti peribadi, di Persidangan Persatuan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (Capam) di Kuala Lumpur, hari ini.

Memetik ucapan beliau dari laman Free Malaysia Today,

"Kita pernah ada seorang pemimpin yang membawa dasar luar negara yang sengaja bersikap konfrontasi. Tetapi pendapat yang mengatakan ia menunjukkan Malaysia berani bersuara adalah kepura-puraan. Ia dilakukan bukan untuk kepentingan negara. Sebaliknya untuk kepentingan diri sendiri, pendek akal dan merugikan diri sendiri," katanya. 

Ketika Tun Dr Mahathir menerajuk kerajaan, kerap menjadi sasaran media antarabangsa kerana mengetengahkan isu negara membangun dan mengkritik polisi negara maju termasuk Amerika Syarikat. 

Bekas perdana menteri itu juga mempunyai hubungan dingin dengan Washington yang menjadi sasaran kritikannya di forum antarabangsa termasuk pada ucapan PBB. 

Namun, pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dilihat semakin rapat dengan Washington. Ini terbukti dengan lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia sebanyak dua kali. 

Selain itu, undangan Obama pada Najib untuk bermain golf pada Disember 2014 juga adalah bukti hubungan rapat beliau dengan presiden AS itu. 

Bagaimanapun, Najib hari ini mendakwa Malaysia menyertai TPP dengan bersyarat "tanpa mengorbankan kepentingan negara". 

"Malah dasar bumiputera kini termaktub dalam sebuah perjanjian antarabangsa," katanya. 

Menurut Najib, dasar luarnya berlainan kerana ia lebih mementingkan kerjasama, bukannya persengketaan. 

"Saya memutuskan kepentingan negara perlu mendapat keutamaan berbanding kepentingan politik peribadi," katanya yang menganggap usaha itu membuahkan hasil. - Free Malaysia Today

No comments

Powered by Blogger.