Remaja Maut, Kain Terbelit Di Rantai Motosikal


MACHANG - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas kerana kain kakaknya terbelit pada rantai motosikal, lapor Harian Metro

Dalam kejadian di Kampung Labok pada jam 6:35 petang itu, Muhammad Amirullah Halim, 16, maut ditempat kejadian, manakala kakaknya, Norfatin Akila, 21, cedera di bahagian jari kanan, pipi, dahi dan kaki. 

Menurut Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Dzulkifli Abd Ghani berkata, ketika kejadian, adik beradik itu dalam perjalanan ke Banggol Judah dari Labok. 

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kain kakaknya terbelit pada rantai dan sprocket belakang menyebabkan motosikal terbabas sebelum kedua-dua mangsa terjatuh," katanya. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutn Jalan 1987. - PIXEL MEDIA

No comments

Powered by Blogger.